Ahad, 16 September 2012

Saifuddin: Batal guna auditorium beri UIA kesan negatif

Wartawan Sinar Harian

K-FIQH
K-FIQH
 
SHAH ALAM - Pembatalan tempahan auditorium oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk penganjuran konvensyen politik-Islam semalam memberi kesan negatif ke atas institusi pengajian tinggi (IPT) itu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kepada UIA, saya memberi pandangan bahawa kalau ia dibatalkan, kesannya adalah negatif bagi UIA," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Ekoran pembatalan penggunaan auditorium, penganjur Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa menganjurkannya di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, semalam.

Konvensyen sehari itu, yang penceramah dikatakan dari kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang, dibatalkan atas alasan bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Dalam kenyataannya, Saifuddin juga berkata, beliau kesal dengan pembatalan itu kerana "universiti sepatutnya menggalakkan program diskusi politik begini bagi meningkatkan politik baru yang berasaskan ilmu," kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

UIAM pernah membatalkan satu program melibatkan beliau di kampus itu sebelum ini.

Saifuddin berkata, beliau difahamkan tempahan auditorium dibatalkan oleh UIAM atas desakan daripada pihak atasan.

"Oleh itu, konvensyen itu diadakan di dewan MPSA. Tadi (semalam) saya hubungi penganjur dan dimaklumkan bahawa penyertaan adalah melebihi daripada jumlah diadakan di UIAM.

"Sebaik mendapat tahu pembatalan itu, saya telah hubungi pengurusan UIAM dan penganjur, dan telah menasihatkan agar berunding," katanya lagi.

Tiada ulasan: