Ahad, 16 September 2012

Pakatan Rakyat Keluar Pengistyharan Kucing 7 Perkara

MSO

Pakatan Rakyat lewat petang ini mengeluarkan peristyharan politik mengandungi Tujuh Perkara yang dinamakan "Pengistyharan Kucing" dalam satu majlis sambutan Hari Malaysia yang diadakan di sebuah taman perumahan di bandaraya Kuching.

Pimpinan tertinggi PR sedang menanandatangani.
Pengistyharan itu berhubung dengan hak-hak dan kepentingan rakyat negeri Sarawak ia merupakan satu janji Pakatan Rakyat untuk melaksanakannya sekiranya gabungan itu berjaya memerintah Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Deklarasi itu dibaca di dalam hujan renyai-renyai yang turun di sepanjang majlis itu diadakan. Ia ditanda tangai oleh ketiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, PKR diwakili oleh Penasihat Umum Anwar Ibrahim, Pas oleh Presiden Abdul Hadi Awang dan DAP oleh penasihatnya Lim Kit Siang.

Kira-kira 3,000 hadi runtuk memeriahkan hari Malaysia dan mengikuti pidato oleh pimpinan tertinggi Pas termasuk Pengerusi Pas Sarawak Adam Ahid dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

Sebagai simbolik ketiga-tiga pemimpin itu menanda tangani deklarasi berkenaan di atas sebidang kain bersaiz besar yang digantung di majlis berkenaan.

Pengistyharan Kuching menunjukkan Pakatan Rakyat serius untuk membawa perubahan politik di Sarawak yang mana negeri itu dianggap masih belum mengalami kemerdekaan sebenarnya kerana ia dijajah oleh bangsa sendiri parti UBN.

Ulasan lanjut mengenai perkembangan politik Sarawak akan menyusul selepas penat beransur pergi

Tiada ulasan: