PAS
mendakwa pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)bersikap ‘double
standard’ terhadap menjaga keselamatan melibatkan pemimpin Pakatan
Rakyat (PR) berbanding pemimpin kerajaan.
Sambil melontarkan cadangan
sinis, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata jika polis tidak
mahu mengawal keselamatan rakyat adalah lebih baik mereka panggil
pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal
keamanan negara.
“Kita
lihat pihak polis seperti gagal menangani permasalahan ini. Bukan
setakat serang ceramah-ceramah PR, pihak yang tidak bertanggungjawab
ini turut menyerang pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), membakar rumah
pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid
serta membaling selipar ke dalam masjid.
”Tetapi seperti biasa, polis
bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan
dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR.
Kalau begitu, lebih baik
panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan
menjaga keselamatan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media
di ibu pejabat PAS pada Jumaat.
Menurut
Mahfuz (gambar), sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada
penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka
diancam oleh keganasan pihak yang tidak bertanggungjawab
“Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada ‘pengganas-pengganas’ itu.
“Memberi
perlindungan kepada ‘pengganas-pengganas’ itu bermakna memberikan
galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka,”
katanya.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa polis melindungi pihak yang
membuat kacau seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang
melakukan serangan ke atas masjid di Kedah baru-baru ini.
“Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas kerajaan begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.
“Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas kerajaan begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.
“Polis lebih sibuk memburu rakyat yang kerajaan ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat,” katanya.
Terbaru
dua kejadian berasingan berlaku minggu lalu apabila ibu pejabat PKR
diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab dan serangan Perkasa ke atas
masjid kerana mereka cuba menghalang Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim menyampaikan tazkirah berunsur politik.
Mahfuz
menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap
keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.
“Indeks
jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi
dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri
baru-baru ini,” kata beliau.
Sebelum
ini, Musa dilaporkan berkata kadar jenayah di Malaysia sememangnya
telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta
sebenar kepada orang ramai.
Musa didakwa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
1 ulasan:
setuju sgt .polis jaga umeno be end.contohnya kalau ada perkara yg tak elok pada umeno be end cepat buat siasata tp kalau kena pada PR dibiar saja.
Catat Ulasan