Sepucuk
surat bertandatangan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan
restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha
Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad
Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru
bahawa Najib adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS
2020!
Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib mengarahkan supaya Mizan (gambar bawah) diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu.
Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib mengarahkan supaya Mizan (gambar bawah) diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu.
Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS
2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20
kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)
di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya
kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini.
UIAM
antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis
perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang
pro-Pakatan Rakyat.
Selain
UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan
terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang.
Projek
yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan,
Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah
menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun
Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno.
Surat yang
sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled
Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek
Hassan.
Berikut merupakan kandungan surat Najib kepada Zaleha:
MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah
dimaklumkan, dengan pengesahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pelantikan
Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal
Pelajar UIAM untuk menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik
Mahmood berkuatkuasa serta merta.
3.
Sehubungan itu, pelantikan Datuk Prof. Dr. Mizan bin Hitam adalah
bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan
Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012.
Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa
kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan
Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.
4. Kerjasama, sokongan dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
(tandatangan)
(DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK)
Presiden UMNO Malaysia
Presiden UMNO Malaysia
Sumber: greenboc.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan