Sekumpulan
2,020 pengguna di Selangor menyaman kerajaan negeri, Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (Syabas) sejumlah RM1.1 juta kerana mendakwa gagal
menyediakan subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang
dijanjikan oleh kerajaan negeri.Skim tersebut merupakan sebahagian
daripada manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum yang lepas.
Saman tersebut difailkan menerusi tetuan Messrs Kamaraudin & Partners di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini Rabu.
Menurut
pernyataan tuntutan itu, semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008,
kerajaan negeri – atau Pakatan Rakyat telah berjanji kepada rakyat di
Selangor untuk memberi air percuma bagi 20 meter padu pertama pada
setiap bulan bagi pengguna tempatan sekiranya menang dalam pilihan raya
umum.
Bagaimanapun,
pihak plaintif mendakwa bahawa mereka tidak menerima air percuama
seperti yang dijanjikan apabila tiada diskaun yang dinyatakan dalam
jumlah bil, yang dikeluarkan oleh defendan ketiga iaitu Syabas.
Pihak plaintif turut memohon perintah injuksi mandatori bagi mengarahkan Syabas untuk mengeluarkan rebat atau diskaun seperti yang dijanjikan kepada para plaintif.
Pihak plaintif turut memohon perintah injuksi mandatori bagi mengarahkan Syabas untuk mengeluarkan rebat atau diskaun seperti yang dijanjikan kepada para plaintif.
Pada 11
September lalu, sekumpulan 711 pengguna memfailkan saman sejumlah
RM400,000 terhadap kerajaan Selangor, Menteri Besar dan Syabas, bagi
menuntut pampasan kerana tidak menerima subsidi air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan