Pendakwaan
ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana
Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang
dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.
Naib
Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing.
“Ia langsung
bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang. Mendakwa Suaram atas
alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya
dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene,” tempelak
Surendran.
“Menerima
dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan
dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima
dana dari luar,” katanya ketika dihubungi.
Surendran
berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan
Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram,” kata beliau lagi.
Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.
Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.
Jika
mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi
Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden
George W Bush.
Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.
Najib juga
menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO)
sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.
Semua
pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia
jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas
sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal
Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan