Oleh : NOOR HALIM DATUK ZAINI |
TIDAK
dinafikan Wilayah Persekutuan Labuan telah lebih maju jika dibandingkan
dengan pulau tersebut ketika masih di bawah pemerintahan Kerajaan
Negeri Sabah.
Pembangunan yang
lebih teratur dan cantik ini sangat mengasyikkan tapi pada masa yang
sama semua faktor pembangunan yang pesat dan moden ini secara tidak
langsung meninggikan taraf hidup penduduk pulau ini; ditambah lagi
hampir semua barang keperluan asas di'import' dari tanah besar Negeri
Sabah.
Kerajaan
seharusnya mempunyai langkah-langkah yang drastik bagi mengekang
kenaikan harga barang dan harga perkhidmatan di Pulau Labuan yang
berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kerajaan
wajib menghapus atau mengurangkan semua cukai yang boleh membebankan
penguna dan perniagaan secara langsung atau tidak langsung. Subsidi
harus diberikan kepada faktor yang ketara menyebabkan harga barang
meningkat seperti pengangkutan barangan ke Pulau Labuan.
Dengan
keluasan pulau yang sekecil ini dengan tenaga kerja yang terhad,
kerajaan harus menumpukan perhatian lebih kepada industri berteknologi
tinggi, pelancongan dan industri pendidikan kerana ini lebih praktikal
dilakukan di Labuan.
Oleh
kerana Pulau Labuan terletak di kawasan pengeluaran minyak dan gas,
maka rakyat Labuan juga berhak menerima royalti minyak seperti Negeri
Sabah. Dengan adanya pendapatan royalti minyak untuk Pulau Labuan; akan
boleh disuntikkan ke mana-mana sektor yang boleh memberi impak segera
bagi menurunkan harga barang di pulau ini.
Pendapatan
dari royalti minyak tersebut juga boleh mengubah hala tuju pulau ini ke
arah yang lebih praktikal bagi jangka panjang. Berdasarkan royalti
Negeri Sabah sekarang ini, Pulau Labuan seharusnya mendapat dalam
angaran RM21 juta setahun berdasarkan peratusan nisbah penduduk antara
Labuan dan Sabah.
Dengan
pengumuman semalam di Labuan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah
berjanji akan membina sebuah jambatan yang menghubungkan Labuan dengan
Tanah Besar Sabah setelah Pakatan Rakyat mengambil
alih Putrajaya nanti; akan memberi harapan baru bagi rakyat pulau ini
untuk menyelesaikan masalah harga mahal di pulau ini.
Lagi pun jika pembinaan jambatan tersebut yang
bakal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, maka kos akan jauh
lebih murah berbanding dengan kos yang dicanangkan oleh pemerintah
sekarang ini.
Kos yang sederhana ini
akan menjadi justifikasi kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek
ini dan ditambahkan lagi dengan adanya royalti minyak yang diberi tidak
akan membeban rakyat Malaysia dari negeri lain.
|
8 ulasan:
Mengenai royalti minyak untuk Labuan ini rasanya perlu mendapat perbincangan. Kita tunggu apa kata pihak yang tertentu mengenai cadangan ini.
Kalau kita lihat pun Labuan bukannya negeri di bawah Sabah tapi persekutuan. Jadi tidak patut Labuan mendapat royalti Sabah kerana Labuan ditadbir oleh Kerajaan persekutuan.
Alangkah baiknya jika Labuan merupakan sebahagian daripada Sabah ketika ni.
kalau 5% tu bahagi dengan Labuan, berapalah sangat yang akan diperolehi oleh Sabah?lainlah jika Sabah menikmati lebih daripada itu.
hal ini boleh dipertimbangkan.
Royalti minyak untuk Sabah dan Labuan perlu diasingkan.
Labuan adalah wilayah persekutuan.. bukankah kerajaan persekutuan juga memperolehi royalti minyak dari semua negeri2 pengeluar minyak?? kenapa perlu ambil lagi bahagian untuk sabah?
berkenaan dengan janji Anwar untuk membina jambatan, baik Anwar selesaikan dulu janji air percuma di selangor.. tidak mustahil juga jika selepas ini Anwar akan menjanjikan jambatan dari sabah ke kuala lumpur..
Catat Ulasan