KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar mengadakan protes secara aman berhampiran Dataran Merdeka di sini pada Ahad bagi menuntut reformasi pilihan raya kampus, yang didakwa kurang telus.
Dalam kawalan anggota polis yang ramai, para pelajar berarak ke Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil menjerit slogan “hidup mahasiswa” dan “tolak konspirasi”.
Mereka kemudiannya kembali ke Dataran Merdeka bagi menggariskan enam tuntutan.
Demonstrasi secara aman itu dianjurkan oleh gabungan kumpulan pelajar, termasuk Pro-Mahasiswa Nasional, Solidariti Mahasiswa Malaysiswa dan Pergerakan Demokratik Pelajar.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa bahawa pilihan raya kampus telah “dicemari oleh manipuasi unsur-unsur politik luar”.
“Kami telah membuat tuntutan kepada beberapa pentadbiran universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kami tidak berada di sini untuk menyebabkan masalah.
“Apa yang kami adalah supaya pihak berkuasa memastikan pilihan raya kampus dijalankan secara telus,” katanya kepada pemberita selepas menggariskan enam tuntutan pelajar.
Enam tuntutan itu ialah satu tarikh tetap untuk pilihan raya kampus dalam kalendar akademik, penglibatan pelajar dalam jawatankuasa pilihan raya kampus, sebuah badan bebas untuk memantau pilihan raya kampus, sistem mengundi lebih telus, kebebasan untuk berkempen dan pengagihan dana yang sama kepada semua calon.
Edikoup Lakip menambah bahawa para pelajar akan mengemukakan tuntutan mereka kepada Suhakam pada minggu depan.
Kumpulan itu bersurai secara aman selepas mengadakan protes selama tiga jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan