Khamis, 20 September 2012

BN bakal kalah di Baram


BN berpotensi hilang kubu kuatnya di kawasan Baram, Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan negeri meneruskan pembinaan empangan mega di kawasan parlimen itu.

Lebih 80 peratus daripada 21,716 pengundi dan keluarga mereka didakwa menentang projek itu.

NONE"Jika kemarahan rakyat diterjemahkan di kertas undi, BN pasti menghadapi kekalahan," kata Thomas Jalong, presiden Jaringan Orang Asli Semalaysia (kiri).

Jacob Sagan Dunggau, naib presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak sekali lagi dinamakan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu untuk kali kelima.

Dalam pilihan raya umum 2008, beliau menang dengan majoriti 4,044 undi. Bagaimanapun ketika itu, empangan Baram masih belum dicadangkan.-MK

Tiada ulasan: