Bahang
Pilihan Raya Kampus (PRK) mula terasa apabila sesi Dialog Politik
Kampus di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) diganggu.Dialog yang
dianjurkan Siswa Intelek itu menampilkan lima gerakan mahasiswa di UIA
iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)UIA, Pro-Mahasiswa, dan
Sahabatul Mukmin turut dihadiri kira-kira 100 mahasiswa untuk memberi
sokongan. “Malangnya, pihak keselamatan hadir dan mengarahkan supaya
program dialog itu dihentikan serta-merta atas alasan tidak mempunyai
permit.
“Program
terpaksa dihentikan kerana tidak mempunyai permit, sedangkan program
yang sudah lulus permit pun dibatalkan juga oleh UIA,” kata wakil
Pro-Mahasiswa Mohd Hafizuddin Muhamed Noor.
Selain
itu, katanya lebih membimbangkan apabila sesi ‘public speaking’ yang
menjadi syarat kepada calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) dibuka dua kali.
Menganggapnya
sebagai kes yang pertama dalam sejarah PRK UIA, sesi pertama ‘public
speaking’ kali pertama diadakan pada Jumaat lalu, manakala sesi kedua
pula diadakan semalam, iaitu sehari sebelum hari penamaan calon.
Katanya, berdasarkan kenyataan Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar UIA Dr Akmal Khuzairy dalam responnya di laman sosial Facebook, sesi kedua dibuka berdasarkan permintaan daripada wakil mahasiswa antarabangsa dan UIA Kuantan.
Katanya, berdasarkan kenyataan Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar UIA Dr Akmal Khuzairy dalam responnya di laman sosial Facebook, sesi kedua dibuka berdasarkan permintaan daripada wakil mahasiswa antarabangsa dan UIA Kuantan.
“Apa yang
mencurigakan adalah sepanjang sesi kedua ini berlangsung, hanya seorang
wakil pelajar antarabangsa UIA kampus Gombak yang hadir untuk berucap
dan tiada seorang pun mahasiswa yang terlibat di UIA Kuantan,” katanya.
Campur tangan Umno
Sementara
itu, spekulasi juga timbul dengan kewujudan notis pelantikan Datuk Prof
Madya Dr Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA,
menggantikan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkuatkuasa serta
merta selepas mendapat pengesahan Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Notis yang
menggunakan kepala surat resmi Umno itu ditujukan kepada Rektor UIA
Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin dan ditandatangani Presiden Umno Datuk
Seri Najib Razak.
“Pelantikan Datuk Prof Dr Mizan adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012
yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012.
“Semoga
makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan
dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan
Negara berlandaskan Perlembagaan Umno,” notis tersebut dipetik.
PRK yang
akan berlangsung pada 25 September ini dianggarkan sengit apabila
dijadikan sebagai kayu ukur untuk menguji pengaruh golongan pengundi
muda dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan