KUALA LUMPUR, — Menteri Keselamatan Dalam Negeri hari
ini menegaskan, dakwaan melibatkan penyerapan sentimen unsur-unsur
ideologi keagamaan dan penyerapan komunis dalam mana-mana parti akan
segera di pantau kerana ia melibatkan aspek keselamatan negara.
Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini memberi jaminan, pihaknya akan segera menjalankan siasatan jika terdapatnya dakwaan yang mengatakan berlakunya penyerapan unsur-unsur sedemikian yang melibatkan penyusupan ideologi agama yang bertentangan dengan amalan di negara ini yang akan menjejaskan keselamatan sosial.
“Kita lihat ia dalam konteks keselamatan negara. Sama ada ia berhubung kait dengan ideologi agama dan penyerapan dalam parti, sama ada pembangkang mahu pun kerajaan, kita akan siasat,” kata menteri berkenaan kepada pemberita hari ini selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Dang Wangi di sini.
“Kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas (SB) atau Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Hishamuddin dan menambah,”jika ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja perlu kemukakan bukti tetapi polis kena ambil tindakan.”
Beliau turut menambah, sekiranya perkara itu memerlukan makluman kepada umum, beliau juga tidak akan menyembunyikan perkara tersebut, sebaliknya orang ramai akan dimaklumkan mengenainya.
“Kalau (ia) ada kaitan dengan keselamatan, saya akan umumkan kepada orang ramai,” katanya dan menegaskan, “saya melihat perkara ini dalam konteks keselamatan negara”.
Sebelum ini, memetik laporan Bernama, Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP.
Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) PSM kerap berkunjung ke Bangkok dan selatan Thailand untuk lawatan rahsia bertemu pemimpin bekas Parti Komunis Malaya.
Kenyataan itu ternyata menimbulkan kemarahan kepada pemimpin Pakatan Rakyat, malah, mereka mendakwa kenyataan itu adalah sekadar “lawak politik” berikutan kekhuatiran kerajaaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan