Sabtu, 21 Julai 2012

PR yakin tawan hingga 12 kerusi Parlimen di Johor

MOHD AZLIM ZAINURY

RM3b: Pas tiada halangan SPRM siasat Anwar
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

MARANG – Perkembangan Pas dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) cukup baik bagi pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, berlaku kebangkitan rakyat dan peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Islam kepada Pas dan PR di Johor yang selama ini dianggap sebagai deposit Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ditarbiahkan ulama kita (Pas) supaya berjuang dengan realiti dan bukan fantasi. Di Johor, berlaku kebangkitan rakyat. Sokongan orang Cina kepada Pas dan Pakatan Rakyat cukup baik sekarang ini.

“Di Johor, saya yakin PR boleh menang antara 10 dan 12 kerusi Parlimen," katanya ketika berceramah di Pekan Kedai Buloh, di sini. Salahuddin mendakwa Umno dan BN juga bakal kehilangan banyak kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kita (Pas) bagi dia (BN) 'stroke' di Johor. Pada PRU13, jika kita (PR) boleh runtuhkan setengah (kerusi BN) pun sudah boleh ke Putrajaya, Insya- Allah,” katanya.

Sementara itu,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, parti itu menerima apa sahaja sasaran PR di Johor, namun ia perlu bersandarkan pada track record sedia ada.

“Dulu mereka (PR) yakin akan menang di Sarawak. Kemudian sebulan berkampung di sana semasa pilihan raya negeri, tetapi tidak ada satu kerusi pun yang menang. Saya lihat orang di Kelantan yang sudah tidak mahu mereka.

“Bagi saya kita berperang dulu baru tahu siapa menang. Ini baru hendak berperang dah cakap apa sahaja,” katanya

Tiada ulasan: