Rabu, 11 Julai 2012

Undi pos luar negara: Pindaan akta ke Parlimen September ini

NURUL AINI MOHAMED ALI

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji secara mendalam undang-undang bagi membenarkan semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mengundi secara pos.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang  mengkaji keperluan sama ada  undang-undang akan dipinda bagi memudahkan semua rakyat Malaysia mengundi secara pos dalam sesi Dewan Rakyat, September ini.

Namun demikian, beliau rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali beserta bukti dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

"Kita sedang mengkaji sama ada perlu pinda undang-undang atau tidak semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara undi secara  pos," katanya dalam Sesi Khas SPR Bersama Media-Demonstrasi Susun Atur Tempat Mengundi di sini, hari ini.

Setakat ini, hanya pelajar sepenuh masa dan pasangan mereka, kakitangan kerajaan dan pasangan saja dan yang layak mengundi secara pos.

"Usaha kita ini dilakukan bagi memudahkan rakyat Malaysia seterusnya melancarkan proses pengundian bagi mereka yang tinggal di luar negara dan menambah baik sistem pilihan raya negara ini," tambah beliau.

Bagi mereka yang tidak termasuk dalam kategori ini, perlu kembali pulang ke Malaysia untuk mengundi pada hari pengundian.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana setakat ini, SPR merekodkan hanya 2700 rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi.

"Hanya jumlah itu yang berdaftar sedangkan rakyat Malaysia yang berdaftar di kedutaan Malaysia di luar negara  berjumlah 20000," katanya.

4 ulasan:

mantera berkata...

harap rakyat Malaysia di luar negara di benarkan mengundi melalui pos.

Unknown berkata...

Selagi masih warganegara Malaysia, hak mengundi masih diberikan kepada individu yang berada di luar negara. kalau bukan mengundi secara pos, mungkin alternatif lain boleh diambil. yang penting tiada manipulasi.

Bujang Senang berkata...

Semoga masalah undian yang pos ini akan dapat diselesaikan.

Sotong Kurita berkata...

setiap cadangan perlu mengambilkira pandang semua pihak terutamanya pihak pembangkang.. jangan sampai kepada pelaksanaan, bertubi2 pula protes dibuat oleh rakyat dan juga pemimpin2 politik..