KUALA LUMPUR- Umno bukan tempat orang agama untuk menegakkan
idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk
mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin Umno.
Demikian kata Ustaz Idris Ahmad (gambar), AJK PAS Pusat dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Beliau yang tertarik dengan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan.
Namun, persoalannya mahukah pemimpin Umno hendak mengikut garis panduan yang ditentukan oleh majlis ini, soalnya.
Bagi Idris, rekod Umno memang terbukti, golongan agama di dalam Umno hanya melukut ditepi gantang sahaja.
"Ia hanya bertugas untuk melawan hujah PAS sahaja, akhirnya mereka juga kecundang kerana tidak mampu berhujah dengan ilmu. Mana pergi Biro Agama Umno?" soal Idris.
Satu ketika dahulu biro ini diketuai oleh mereka yang mendapat pendidikan tinggi dalam agama seperti Datuk Wan Mokhtar Wan Ahmad, Dr Yusuf Nor (Phd Universiti Cairo dalam bidang Tasauf).
"Sekarang Biro ini seperti hidup segan mati tak mau. Mana pergi tokoh-tokoh agama di dalam Umno sekarang. Berjayakah mereka untuk Islamisasi dalam Umno?" tambah beliau.
Menurutnya, kemasukan Ustaz Nakhaei Haji Ahmad bekas Ahli Majlis Syura PAS juga tidak mampu untuk membuat apa-apa di dalam Umno.
"Tentu kita masih ingat sewaktu Tun Abdullah Badwi menjadi Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) telah diarahkan membuat garis panduan hiburan, malangnya apabila dikemukakan, kabinet tolak ketepi sahaja.
"Inilah wajah sebenar Umno, mereka bukan mahu ikut ulamak, tetapi ulamak mesti ikut Umno.
"Kalau tidak percaya tanyalah Dr Mashitah Ibrahim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom," katanya.
Bagi Idris, Ustaz Fathul Bari mungkin ikhlas untuk mengangkat martabat Umno, tetapi beliau perlulah merujuk kembali sejarah golongan agama di dalam Umno yang pernah menasihati pemimpin Umno dalam isu loteri.
Malangnya tegahan ini tidak diterima, akhirnya ulamak di dalam Umno berpendapat mereka mesti lari daripada Umno dan tertubuhnya Pas pada tahun 1951.
Sebenarnya, kata Idris, Umno bukan tempat orang agama untuk menegakkan idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin Umno.
Silap, kalau golongan agama hendak memperjuangkan Islam di dalam Umno.
Ia akan hanyut dengan suasana sehingga terpaksa menggadai prinsip ilmu yang dimiliki oleh mereka, tambahnya.-Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan