Rabu, 11 Julai 2012

Tarikh p’raya: Kerajaan Pusat digesa runding segera dengan Pakatan

Oleh Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR 11 Julai: Kerajaan Pusat digesa berbincang dengan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat  (Pakatan) untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke 13 (PRU 13).



Perkara itu disuarakan beberapa anggota Senator Pakatan dalam sidang media di Dewan Negara hari ini.

Senator Muhamad Yusuf Husin berkata, perbincangan itu perlu supaya tarikh pilihan raya dapat diketahui lebih awal dan rakyat dapat membuat persediaan sewajarnya.

“Kita menyeru Kerajaan Pusat supaya lebih terbuka untuk berunding dengan kerajaan negeri sama ada diperintah Pakatan atau Barisan Nasional (BN) agar tarikh PRU 13 dapat diselaras dan diumum lebih awal,” katanya.

Hadir sama, Senator daripada KEADILAN; Dr Syed Husin Ali dan Syed Shahir Syed Mohamud.

Manakala DAP diwakili Dr Ariffin Omar. Muhamad Yusuf dan Khairiah Mohamed pula mewakili PAS.

Sementara itu, Syed Husin menempelak cara Datuk Seri Najib Razak yang sering mengumumkan tarikh pilihan raya secara mengejut dan memberi masa terlalu singkat.

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan tarikh pilihan raya, tidak bermakna beliau boleh melakukannya secara ‘serangan hendap’.

“Kita perlu menukar sistem ini. Sama ada tarikh ditentukan menerusi mandat kerajaan berakhir atau mengumumkan pada tarikh tertentu lebih awal, bukan secara mengejut,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh lebih awal seperti yang diamalkan kebanyakan negara demokrasi lain.

Di negara-negara serantau seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia, mereka menetapkan tarikh lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pilihan raya berlangsung.

Berbeza di Malaysia, setelah Umno BN selesai mengatur penipuan, menaburkan rasuah kepada pengundi, isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan dan fitnah disebarkan, barulah tarikh pilihan raya diumumkan.

15 ulasan:

mantera berkata...

jika PRU diadakan, adakah PR akan adakan pilihanraya negeri mereka serentak?

Unknown berkata...

Bagus juga tu tarikh PRU diumumkan secara mengejut agar semua parti sentiasa bersiap sedia.

Unknown berkata...

Persiapkan jentera untuk mengahadapi pilihan raya agar tidak kelam kabut.

Unknown berkata...

Kerajaan kena lebih terbuka dan adil kepada semua

Bujang Senang berkata...

Tetapkan PRU13 secepat yang boleh. Kerana tidak lama lagi tamat penggal pemerintahan 5tahun.

Sotong Kurita berkata...

baru hari ini dia minta kerajaan pusat runding tarikh pilihanraya dengan Pakatan.. takkan dengan Pakatan saja? bagaimana dengan parti2 pembangkang yang lain?? kalau mahu bagi cadangan pun, biarla bersikap TERBUKA..

Sotong Kurita berkata...

ketika ada ura2 pilihanraya umum mahu diawalkan, Pakatan juga yang beriya2 mahu pilihanraya dilaksanakan secara berasing dengan kerajaan negeri Pakatan..

DorianG berkata...

There is growing speculation in Kuala Lumpur that the country might have to deal with a so-called hung parliament, in which no major party has an absolute majority of seats, following national elections expected to be called before the end of the year.

DorianG berkata...

That would be a drastic comedown from the decades prior to 2008, when the opposition Pakatan Rakyat coalition broke the Barisan Nasional’s two-thirds majority in parliament for the first time since the country’s independence in 1963, and it would open the parliament to chaos.

DorianG berkata...

Intensive horse-trading would take place, in which both sides would resort to pouring money to secure the loyalty of the minority parties and lure members away from the other party, reminiscent of what followed the 2008 opposition victory in Perak state, after which Prime Minister Najib Tun Razak induced three opposition lawmakers to change sides and took the state away from the opposition.

DorianG berkata...

Currently the Barisan controls 137 seats, the Pakatan Rakyat 75, and two minor parties, Parti Sosialis Malaysia and the Sabah Progressive Party holding two. There are seven independent members.

DorianG berkata...

When the election will be held remains open to question, with the date continuing to recede since speculation started last year. The polls had been rumored for June, then July. That seems unlikely as Parliament remains in session until the end of this month, although it could be adjourned if the Prime Minister decides to do so.

DorianG berkata...

But Puasa, the Malaysian version of Ramadan, begins July 20 and runs through Aug. 19 and is followed by the hajj, when devout Muslims visit Mecca, and other religious events.

DorianG berkata...

Some analysts believe the polls could be in September, although the budget is to be presented to the parliament on Sept. 28 and it is widely believed Najib will hold up the dissolution of parliament until after he announces a budget that would deliver benefits to the electorate.

DorianG berkata...

In the 2012 budget, Najib poured out a cornucopia of goodies, including salary increases for the country’s 1.3 million civil servants – mostly ethnic Malays, UMNO”s core constituency as well as a RM500 (US$162) one-off cash benefit for households earning less than RM3000 (US$974) per month – also aimed at poor, rural Malays and Indians, totalling RM1.8 billion (US$583 million).