Rabu, 11 Julai 2012

Saksi: Polis rampas telefon bimbit, jam tangan

Aisha Geoffrey


KUALA LUMPUR : Saksi pendengaran awam siasatan Bersih 3.0 memberitahu, semua barangan peribadinya yang dibawa sewaktu menyertai himpunan itu dirampas polis.

Arshad Abbas, 32, memaklumkan, barangan tersebut termasuk Samsung Galaxy Tab, ‘pendrive’, ‘bluetooth headset’ serta jam tangan.

“Polis merampas semua barang dalam beg yang saya bawa, sampai sekarang belum pulangkan lagi,” kata Arshad.

Menurut beliau, sekumpulan enam hingga lapan anggota polis turut membelasah beliau sehingga terpaksa menerima enam jahitan di kening kanannya.

“Lebih kurang jam 8.00 malam, pihak sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) bawa semua yang cedera ke hospital untuk menerima rawatan,” jelas beliau.

Arshad memberi keterangan depan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Beliau merupakan saksi kedua pada sidang kedua siasatan awam Bersih 3.0 hari ini selepas tiga saksi memberi keterangan pada 6 Julai lalu.

Tiada ulasan: