Sambil menyindir golongan itu, beliau berkata sebilangan peneroka Felda yang turut menolak hasrat murni itu juga adalah pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan Felda di peringkat global.
"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di sini hari ini.
Najib memuji golongan peneroka yang hadir pada majlis itu dan menyifatkan mereka sebagai pembela dan pejuang yang meletakkan Felda di mercu kejayaan.
Katanya, transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.
"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.
Najib juga pada majlis itu turut mengumumkan bahawa pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang akan dibayar mulai esok sempena sambutan Hari Peneroka. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan