Khamis, 12 Julai 2012

Permaisuri Johor bersuara isu media

KL TODAY

 
Tuanku Raja Zarith Sofiah ibni Sultan Idris Shah, permaisuri Sultan Johor, pada Rabu mengingatkan wartawan mengenai tanggungjawab mereka untuk menulis dan membuat laporan berdasarkan fakta dan tepat.

Baginda bertitah ini amat penting kerana media memberikan pengetahuan kepada orang awam mengenai pelbagai situasi dan peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara, terutama dalam dunia tanpa sempadan sekarang.

“Sebagai pelanggan kepada berita, kita menikmati kepelbagaian pandangan dan pendapat yang dilahirkan oleh penduduk dari negara-negara berbeza, dan semuanya boleh diperoleh menerusi hujung jari kita.

“Beta berharap pada persidangan ini, akan akan dapat mencari pandangan serupa dan matlamat bersama,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pusat Maklumat dan Komunikasi Media Asia (AMIC)-UiTM bertajuk “Empat Puluh Tahun Media dan Komunikasi di Asia: Retrospek, Introspek dan Prospek”, di sini.

Raja Zarith Sofiah bertitah kehadiran pengulas muda media Asia pada persidangan itu amat penting kerana mereka merupakan golongan yang mampu mencorakkan masa depan.

Tiada ulasan: