Oleh : LISA J. ARIFFIN |
e
PETALING
JAYA : Ibarat dalam satu peperangan hebat apabila seteru politik Datuk
Seri Dr. Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng bertemu dalam debat kedua hari
ini, dimana kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain mengenai
kegagalan polisi parti masing-masing.
Dr. Chua menemplak
Guan Eng dan DAP yang mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum tetapi
pemimpinnya hanya berani bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi
Cina.
“Kenapa
tidak kamu bertanding di kerusi berbilang kaum? Kami jelas sebuah parti
mono-etnik,” kata beliau dalam debat anjuran Institut Strategi dan
Kepimpinan Asia (Asli) hari ini.
Tajuk
debat adalah “Ahli politk mana yang lebih menguntungkan negara,” –
merupakan debat kedua yang berlaku dalam beberapa bulan.
“Di negara ini, kita harus imbangkan keperluan dan sensitiviti rakyat seluruh negara.
Beliau
menyalahkan DAP kerana menghasut masyarakat Cina kononnya mereka
(masyarakat Cina) tertindas di bawah Barisan Nasional (BN). Beliau
mengingatkan bahawa kadar kemiskinan masyarakat Cina adalah terendah
berbanding kaum lain di negara ini.
“Peratusan bekerja, tertinggi. Pemilikan hartanah, tertinggi,” tambah beliau lagi.
“Kita
tidak boleh nafikan dalam perlaksanaan polisi, pasti ada yang dapat
lebih dari lain. Ini menyebabkan masyarakat Cina marah dengan kerajaan
dan MCA menerima padahnya.”
Seteru
politiknya bagaimanapun mempersoalkan tentang keperluan untuk
memisahkan masyarakat mengikut kaum oleh BN tetapi memperkenalkan konsep
1Malaysia.
“Mereka
kata 1Malaysia, nak tipu siapa? Mereka mahu pisahkan kita supaya mereka
boleh ‘sapu Malaysia’,”kata Lim sambil disambut dengan sorakkan dari
penyokongnya.
“BN
akan terus guna isu kaum untuk takutkan kita sebab mereka sudah tiada
isu lain. Jika kita mahu negara berjaya, beri peluang sama rata dan kita
akan lihat potensi kita, kita harus tolak ekstrimis dari terus menerus
memandang rendah pada kaum lain,” tambah beliau.
Menurut
Lim, untuk mempertahankan keamanan negara, rakyat Malaysia harus
bersatu menolak pihak yang mahu memisahkan rakyat dengan cara mempromosi
kebencian kaum.
“Jangan biarkan BN gunakan isu kaum dan sentimen anti-Melayu hanya kerana mahukan kuasa,” desak Lim.
“Kita
hanya boleh makmur jika bersama. Masa telah tiba untuk tumpukan dalam
ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan peluang perniagaan kerana ini adalah
indikasi kemakmuran,” tambah beliau lagi.
Lim
turut menyalahkan BN kerana amalkan rasuah dan kronisme, sambil
mengatakan kerajaan tidak boleh melakukan reformasi untuk tamatkan
rasuah.
“Kami
tahu jika rasuah dihapuskan, BN akan mati. Jika kami tidak hapuskan
rasuah, Malaysia akan mati. Pilihan yang ada sangat jelas,” kata Lim.
“Itu sebab kami pilih ‘ubah’, kami mahu hidup dengan merdeka dan bermaruah.”
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan