Sabtu, 14 Julai 2012

MB Selangor enggan ulas isu Latheefa digugur Ahli Majlis

Wartawan Sinar Harian

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
 
 
TANJONG KARANG – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengulas desas desus pengguguran Latheefa Koya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana dakwaan mengkritik dasar Kerajaan Negeri.

Katanya, perkara tersebut tidak perlu diulas sekarang masih dalam perbincangan.

“Bukan bincang mengenai Latheefa Koya saja, tetapi ada tujuh atau lapan orang ahli majlis dibincangkan.

“Kita tidak mempunyai keputusan muktamad mengenai perkara itu lagi. Kita akan membuat keputusan atas sebab-sebab dan tindakan masa depan kita,” katanya.

Tiada ulasan: