Jumaat, 20 Julai 2012

Mahu Ketika cinta bertakbir, tukar kerajaan

Salmah Mat Husain,

(Penal Bicara Selebriti di Balai Islam)

KOTA BHARU: Andainya masyarakat di negeri lain ingin mengikuti program Bicara Selebriti sebagaimana yang dianjurkan kerajaan Kelantan, mereka seharusnya terlebih dahulu menukar kerajaan di negeri masing-masing.

Demikian pengakuan bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ketika berucap sebagai penalis Bicara Selebriti anjuran kerajaan negeri malam tadi.

Menurutnya, beliau berkata demikian dalam facebooknya sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat di luar Kelantan apabila bertanyakan kenapa beliau harus ke Kelantan untuk bersama selebriti dan bukannya di Perak, Kuala Lumpur atau di Johor Bharu.

“Saya berkata kepada mereka, hanya Kelantan yang menganjurkan program ini dan jika saudara semua ingin mengikuti program yang sama di tempat masing-masing tukar dahulu kerajaan,”ujar Hasrizal (gambar) yang terkenal melalui blognya, saifulislam.com.

Kenyataan spontan diawal perbicaraannya bersama tiga orang lagi selebriti lain, menyebabkan Dewan Balai Islam, di sini disambut takbir penonton.

Antara panelis yang diundang, hero Ketika Cinta Bertasbih Kholidi Asadil Alam atau Mas Azam, Ana Rafali dan Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah.

Lebih 5,000 orang hadir pada program siri ke-5 itu sempena Hari Hiburan Islam (Hai).

Bagi Hasrizal, hanya kerajaan Kelantan di bawah Pakatan Rakyat yang menghargai peranan selebriti sehingga menjemput golongan itu untuk duduk bersama bagi membicarakan sesuatu khususnya berkaitan Islam.

KETIKA CINTA BERTAKBIR


Tegasnya, sekiranya kerajaan baru berjaya dibentuk, bukan hanya Ketika Cinta Bertasbih dapat diwujudkan, sebaliknya Ketika Cinta Bertakbir juga dapat dilahirkan.

Kata-katanya sedemikian sekali  lagi membuatkan dewan menjadi gamat semula.

Beliau yang juga terkenal sebagai seorang pakar motivasi, dilihat pada malam itu juga sebagai seorang selebriti yang mempunyai tarikan tersendiri bersesuaian dengan ilmu agama yang ada padanya.

Menurutnya lagi, artis adalah insan seni yang paling mudah dibentuk kerana mereka menumpukan pada dua perkara, iaitu foKus dan hayati sebagaimana yang mereka lakukan sebelum berlakun.

“Sebelum mereka berlakun, terlebih dahulu mereka fokus pada peranan yang perlu dilakonkan dan seterusnya fokus. Jadi mereka paling mudah untuk menerima ajaran Islam dengan baik.

“Kita seharusnya menyokong serta menghargai mereka,”ujarnya.

NASI KERABU

Bagi Kholidi atau Mas Azam (gambar), tiga tarikan istimewa yang ada di Kelantan, program Bicara Selebriti, Masjid Muhammadi dan nasi kerabu membuatkan beliau melahirkan rasa syukur berada di negeri itu.

Beliau mengakui tidak pernah mengenali Kelantan sebelum ini, namun ternyata kehebatan Kelantan membuatkan beliau semakin mencintai negeri itu.

“Saya cukup bangga dan bahagia sekali Kelantan bukan sahaja mempunyai pasentren yang banyak, sebaliknya sekolah-sekolah tahfiz yang dimiliki oleh kerajaan negeri sendiri,”ujarnya.

Yatt yang sentiasa mengalirkan air mata juga melahirkan rasa syukur kerana diundang oleh kerajaan negeri untuk menghadiri program itu apa lagi dapat beramah mesra dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut berucap pada majlis itu Anna Rafali.

Tiada ulasan: