Lana akui berfoto seksi tetapi sudah lama
HANGAT!
Pelakon filem Chow Kit, Lana Nordin menjadi bahan bualan apabila
beberapa keping gambar dia berbikini sambil ditemani seorang jejaka,
tersebar di internet.
HIP menghubungi Lana untuk mendapatkan kepastian
benarkah gambar itu memaparkan dirinya dan siapakah pula gerangan si
jejaka?
“Tidak ada apa yang perlu saya komen. Semuanya berlaku secara
tidak sengaja. Gambar itu gambar lama yang dirakam ketika saya bercuti
bersama rakan di Jakarta.
“Saya
dapat tahu gambar itu tersebar di internet melalui rakan. Soalnya,
kenapa baru sekarang orang baru bercakap mengenai foto itu?” katanyal
Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin menafikan dia bergambar begitu untuk mencari publisiti.
”
Jika betul saya nak cari publisiti murah pun,saya tak akan sebarkan
gambar itu. Baik saya keluarkan gambar-gambar lain yang lebih sensasi.
Tapi untuk apa?” katanya.
Ditanya mungkinkan jejaka yang bergambar bersamanya itu kekasihnya, pantas Lana menjawab:
“Dia kawan saya. Kami bercuti ramai-ramai ketika itu,” katanya.
“Dia kawan saya. Kami bercuti ramai-ramai ketika itu,” katanya.
Dengan
penjelasan itu, Lana berharap semua pihak faham situasi sebenar dan dia
memegang watak sarat air mata selepas sering diberi watak penggoda dan
antagonis.
Dalam
drama bersiri Takdir Qismah saya memegang watak gadis yang dianiaya dan
dipaksa menjadi pelacur. Watak Rosmah ini juga memerlukan saya banyak
menangis.
” Memang
mencabar, tapi seronok kerana berbeza dari apa yang saya pernah bawa
sebelum ini,”katanya mengenai drama bersiri itu yang bakal disiarkan
Ramadan kelak. Sumber: Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan