Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menamakan ketua pemuda Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan sabtu lalu untuk menggantikan Mohd Fadil Muskon, yang dikatakan mempunyai masalah dengan Ghani (gambar) selepas menganjurkan perhimpunan taat setia kepada Sultan Johor pada 10 Jun lalu dalam isu pembelian nombor pendaftaran ‘WWW 1’, kata sumber lagi.
“Fadil disuruh supaya tidak menganjurkan acara tersebut kerana ia akan memberikan imej negatif kepada Umno.
“Semenjak itu, beliau tidak disukai dan kepimpinan negeri mahukan beliau digantikan,” kata sumber kapada The Malaysian Insider.
Perhimpunan Menjunjung Taat Setia di Istana Pasir Pelangi dihadiri ramai tetapi hanya beberapa kerat pemimpin Umno negeri untuk menyokong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Dikhabarkan pemimpin Umno negeri mahu menjarakkan diri mereka dalam isu pembelian nombor pendataran kenderaan beharga RM520,000 oleh sultan pada ketika keadaan ekonomi yang tidak baik.
Fadil tidak mempedulikan garis yang diambil oleh pimpinan negeri – meneruskan perhimpunan tersebut selepas mendapat sokongan daripada majority rakyat Johor yang begitu taat kepada sultan mereka.
Majoriti rakyat Johor juga merasa terhina apabila menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mempersoalkan tindakan sultan mereka. Umno dilancarkan di pekarangan istana pada tahun 1946 – menyebabkan rapatnya hubungan antara parti tersebut dan istana negeri.
“Walaupun hubungan rapat dengan istana negeri, kepimpinan negeri tidak mencabar arahan yang diberikan apalagi disaat-saat genting bagi Ghani yang mahu kekal di Johor.
“Sebab itu Fadil dikenakan tindakan keras,” kata sumber lain dari parti tersebut.
Terdapat cakap-cakap tentang Ghani akan dibawa ke pusat walaupun akhbar arus perdana melaporkan tentang hubungan rapat menteri besar empat penggal itu dengan Sultan Ibrahim.
Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Ghani seperti menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan naib ketua pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.
Musuh tradisi, PAS mengatakan 16 ketua pemuda Umno bahagian turut menentang Fadil yang rapat dengan Khairy akan tetapi, ketua pemuda Umno itu menafikan rombakan berlaku disebabkan oleh sikap perpecahan dalaman parti.
Ketua pemuda Umno bahagian Tebrau, Syahrin Jamaludin salah seorang dari ketua pemuda Umno bahagian yang dikatakan menentang Fadil menafikan dakwaan PAS dan mengatakan parti tersebut mereka-reka cerita kerana sudah ketandusan isu.
Sumber parti mengatakan 16 ketua pemuda Umno bahagian mahukan Razali dilantik sebagai ketua pemuda Umno negeri manakala Ghani dikatakan menyokong ketua pemuda Umno Bakri, Mohd Fuad Tukirin, memperlihatkan perpecahan dalam parti tersebut.
“Sukar untuk Khairy dan dia telah memilih untuk masa depan parti dengan memilih seorang yang lebih neutral untuk memimpin pemuda negeri,” kata satu lagi sumber.
Fadil walaubagaimanapun telah dilantik menjadi pegawai khas ketua pemuda Umno dalam secretariat Pemuda Barisan Nasional (BN).
Khairy mengatakan perlantikan itu adalah rombakan kecil dalam persediaan untuk menghadapi PRU 13 dan Zulkurnain hari memperkemaskan pergerakan pemuda Umno negeri demi mendekati majoriti yang merupakan pengundi atas pagar.
Dua minggu lalu, ketua pemuda Umno menafikan khabar angin pemecatan Fadil dengan mengatakan rombakan turut berlaku di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah.
“Ini adalah perkara biasa, tida yang luarbiasa.
“Di Pulau Pinang, Selangor dan Sabah, saya telah melakukan perubahan dalam kepimpinan pemuda negeri.
“Untuk negeri lain, saya sedang melihat situasi, jika perlu ditukar, saya akan tukar,” kata beliau dengan mengatakan akan berlaku perubahan di Johor.
Sumber Umno mengatakan perubahan menunjukkan keretakan dalam parti terutamanya antara pemuda dan kepimpinan Umno negeri.
“Pemuda mempunyai idea dan mahu mendekati semua orang, dari keluarga di Raja sehingga orang di jalanan akan tetapi, kepimpinan negeri hanya mahu mempertahankan kedudukan mereka.
“Kes Fadil adalah satu contoh,” kata satu sumber.
Zulkurnain akan menghadapi cabaran besar untuk menyusun pergerakan pemuda negeri Johor oleh kerana perpecahan dalaman terutamanya jika pilihan raya diadakan dalam jangkamasa terdekat.
“Umno boleh menang besar jika semua bekerjasama.
“Ini adalah sesuatu yang sukar dilakukan,” kata sumber dalaman parti yang lain.
Terdapat lebih kurang 12 juta pengundi yang layak mengundi dalam PRU akan datang di peringkat pusat dan negeri jika semua bersetuju dengan satu tarikh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan