Oleh Aliff Fikri
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya dua kementerian dari Mongolia akan datang ke Malaysia bersama penyiasat mereka pada Ogos ini untuk mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
“Berdasarkan laporan yang saya perolehi, kemungkinan dua kementerian Mongolia akan turut hadir bersama.
Kementerian tersebut adalah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan juga Kementerian Keadilan.
“Kementerian lain dari sana juga berkemungkinan besar akan turut bersama ke Malaysia untuk melihat perkembangan siasatan,” kata beliau kepada Keadilan Daily.
Gwo Burne berkata, kedatangan penyiasat dan Kementerian Mongolia mungkin untuk tempoh beberapa minggu.
“Skop siasatan pula lebih kepada dari segi aspek polis dan prosedur undang-undang negara. Mereka juga akan melihat hubungan antara polis Mongolia-Malaysia.
“Penguakuasa undang-undang dari Mongolia juga akan dihantar untuk membantu penyiasatan,” jelas Gwo Burne.
8 ulasan:
Semoga ada penemuan baru dalam kes ini.
Kalaulah roh Altantuya boleh tunjuk siapa pembunuhnya yang sebenar, kes ini sudah lama selesai.
moga dgn ini, kes ini akan selesai segera.
Baguslah..biar kerajaan Mongolia sendiri siasat kes ini. manatau kes ni terus selesai.
Isu ini masih diteruskan penyiasatannya. Kerana masih ada pihak yang belum berpuas hati dengan keputusan yang diberikan sebelum ini.
Kes ni bertahun lama tapi masih lagi tiada penyelesaian.
memandangkan kementerian dan penyiasat monggolia akan datang ke negara ini untuk membantu kes pembunuhan Altantuya, eloklah semua pemimpin2 politik di negara ini berhenti membuat sebarang spekulasi..
kalau tidak ada apa2 tindakan dibuat selepas kedatangan menteri dan penyiasat monggolia terhadap Najib, jangan pula pemimpin2 politik pembangkang membuat tuduhan dangkal bahawa kementerian dan penyiasat monggolia dibayar oleh Najib..
Catat Ulasan