Sabtu, 28 Julai 2012

Kawan Najib Akan Sertai Pas?

Oleh Mohd Sayuti Omar


PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum. Petikan Merah Tinta

Tiada ulasan: