SABAH KINI |
MARAH…Hj
Ikram menjelaskan kepada Sabahkini.Net mengenai masa yang diperuntukan
terlalu singkat dan tidak berbaloi dengan harga sewaan RM2,000.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
USAHA
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mewujudkan Bazaar Ramadan pada saban
tahun merupakan satu usaha yang baik dan harus disokong oleh semua pihak
terutama sekali para penjaja mahupun peniaga-peniaga setempat di daerah
Sandakan.
Ini jelas kerana
kewujudan bazaar tersebut memberi peluang kepada masyarakat untuk
berniaga di sepanjang bulan Ramadan selama 30 hari bagi menjana ekonomi
agar dapat menyambut aidil fitri dengan sempurna.
Bazaar
ini juga memberikan tarikan kepada para pelancong luar yang berkunjung
ke Sandakan untuk menikmati juadah ala masakan Melayu-Malaysia yang
sememangnya menjadi kegemaran mereka.
"Jangan
hisap darah kami di bulan yang mulia ini. Fleksibellah sikit. Kamipun
mahu untung. Jika tidak buat apa berniaga?," ujar salah seorang peniaga
yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail yang mengejutkan wartawan ketika
mula meninjau sekitar Bazaar Ramadan.
Menurut
Ismail lagi, sikap 'menindas' dan 'menjajah' MPS sudah sebati dengan
jiwa Presiden dan semua pegawai MPS sehingga tidak pernah memikirkan
kesengsaraan para peniaga yang bukan sahaja membayar sewa yang mahal
tetapi terus dikongkong dengan pelbagai peraturan Ala-Zionis.
Kata
Ismail, sebanyak 200 gerai disediakan oleh MPS untuk para penjaja
setempat mengambil bahagian berjaja selama sebulan. Gerai di hadapan
Milimewa dibuka bermula jam 2.00 petang hingga jam 7.00 malam melibatkan
seramai 160 orang penjaja, namun 40 gerai lagi masih kosong.
Seorang
lagi penjaja, Abdul Razak Amat yang menjual Murtabak Jawa turut
menjelaskan mengenai kedudukan gerai-gerai yang terdapat di situ.
Katanya,
gerai di barisan hadapan sekali lebih kurang 80 lot gerai telah
dikenakan tender di antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan MPS dan
selebihnya 120 gerai yang lainnya dikenakan bayaran sewaan RM85.00
sebulan melalui cabutan undi.
KECEWA…Razak yang menjual Murtabak Jawa turut kecewa dengan senario di Bazar Ramadan.
Sementara
seorang penjaja yang dikenali Haji Mohd Ikram Hj Kalbin yang berniaga
di lot barisan hadapan menjelaskan bayaran sewaan sebanyak RM2,000
memang agak berat tetapi demi mencuba nasib, mereka terpaksa menanggung
kerugian kerana mungkin sudah menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan MPS untuk menekan dan menindas rakyat.
“Cuma
yang kami kurang puas hati kerana MPS hanya memberi masa kami berniaga
selama lima jam iaitu daripada jam 2.00 petang hingga jam 7.00 malam,"
ujarnya yang mendesak agar tempoh masa berniaga dilanjutkan sehingga jam
12 malam.
Kata
Haji Mohd Ikram, masa sesingkat itu tidak berbaloi dengan harga sewaan
sebanyak RM2,000 sebulan menyebabkan mereka kerugian besar disebabkan
jualan mereka tidak habis.
"Hakikatnya
jam 7 malam barulah pelancung luar baru hendak datang membeli juadah
untuk makan malam. Ketika itu kami terpaksa tutup bagi mengelak dihalau
MPS. Jika tidak barang kami akan dirampas," ujar Haji Mohamad Ikram lagi
dengan nada kesal.
Manakala
seorang pengunjung yang sempat ditemuramah tetapi enggan digambar,
Asmat meminta pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar
turun padang untuk menyiasat kes sewaan gerai Bazaar Ramadan yang
membebankan para peniaga.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan