Malah, Fatimah Ahmad, 73, turut ditumbuk di bahagian kiri matanya sebelum melarikan diri.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Fatimah kehilangan seutas rantai emas yang bernilai kira-kira RM20,000, rantai tangan, tiga bentuk cincin, telefon bimbit serta wang tunai RM3,000.
Beliau yang tinggal seorang diri di rumahnya di Kampung Jalan Baru berkata, perompak mengacu sebilah pisau dan lampu picit sebelum mengarahkannya agar tidak menjerit jika ingin terus hidup.
“Saya memang takut namun hanya mendiamkan diri dan beristighfar berkali-kali sambil membiarkannya mengambil semua barang kemas yang dipakai semasa tidur.
“Tidak terlintas di fikiran untuk melawan dan hanya berserah kepada ALLAH SWT sebelum perompak itu mengambil wang tunai yang diletakkan di dalam beg tangan.
“Wang itu adalah pemberian bulanan tujuh anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan