Rabu, 11 Julai 2012

GPRS beri MB Selangor 7 hari respons 3 isu

AHMAD NORMAN ABU TALIB

GPRS beri MB Selangor 7 hari respons 3 isu
Sebahagian peserta yang berdemonstrasi di depan bangunan SUK.
 
GPRS beri MB Selangor 7 hari respons 3 isu
Zubir menunjukkan memorandum bantahan yang diserahkan kepada Abdul Khalid di Shah Alam, hari ini.
 
 
SHAH ALAM – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mengadakan demonstrasi proets di depan bangunan SUK di sini, hari ini berhubung isu membabitkan Universiti Selangor (Unisel), padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya dan Yayasan Selangor.

Demonstrasi aman tersebut disertai kira-kira 500 orang, yang berarak bermula dari Dataran Shah Alam sebelum menyerahkan memorandum  kepada wakil pejabat Menteri Besar, Norzaiton Aini.

Ketua Sekretariatnya, Zubir Zainuddin berkata, beliau memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjawab tiga persoalan dibangkitkan itu.

Menurutnya, sekiranya tiada sebarang respons daripada Abdul Khalid maka GPRS akan menggerakkan lebih ramai lagi untuk mengadakan demonstrasi bantahan seterusnya.

“Isu yang pertama kita minta Menteri Besar selesaikan adalah Unisel kerana kita sedia maklum universiti tersebut dipolitikkan secara terang-terangan.

“Kita juga mahu Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap Yayasan Selangor yang bankrap teruk hingga memalukan negeri ini dan kita juga minta padang PKNS di Kelana Jaya dikekalkan sebagai tempat rekreasi untuk rakyat,” katanya selepas menyerahkan memorandum.

Menurutnya, pelbagai isu yang dihadapi Kerajaan Negeri kini menyebabkan rakyat rimas dan semakin hilang kepercayaan terhadap pimpinan Abdul Khalid.

Katanya, selepas empat tahun memerintah Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 malah terlalu lemah dalam aspek pentadbiran.

“Pada hari ini, kami rakyat Selangor prihatin ingin menyampaikan bantahan dan rasa kesal kami terhadap tindakan Kerajaan Negeri berhubung tiga isu terbabit.

“Rakyat perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati, malah demonstrasi demi demonstrasi diadakan adalah bukti penolakan terhadap kepimpinan Abdul Khalid yang dianggap sebagai ‘saudagar janji’ sahaja dan lebih mengutamakan kroni,” katanya.

1 ulasan:

wonder why berkata...

Barua Nasional dah abis model, nak gagalkan PR. Terpaksalah guna Barua NGO pula, nak bikin huru hara di selangor. Ini semua perhimpunan Yang dianjur olih HARAM JADAH.....SAH