Peletakan
jawatan Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya sebagai ahli
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dibincangkan dalam mesyuarat
exco kerajaan negeri Selangor esok, kata menteri besar.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun beliau sendiri belum menerima surat peletakan jawatan Latheefa namun perkara itu tetap akan dibincangkan dalam mesyuarat esok.
"Saya belum terima surat itu. Namun, jika saya ada surat itu sekali pun, saya akan membincangkannya di peringkat exco esok," kata Khalid.
Sewaktu ditanya sama ada kerajaan negeri akan menerima peletakan jawatan itu, Khalid menegaskan peletakan jawatan itu dibuat Latheefa sendiri.
"Itu keputusan Latheefa Koya bukan keputusan kerajaan negeri," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan