Penyampai
radio Suria FM iaitu Ahmad Zuwairi Mohd Nor atau lebih mesra dengan
panggilan Zizi telah meninggalkan stesen radio itu berkuat kuasa 29 Jun
lalu.
Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah, berkata, Zizi
meletakkan jawatan selepas menerima tawaran sebagai konsultan di sebuah
stesen radio di Jakarta, Indonesia dan memutuskan untuk menerima
peluang itu
.”Sebagai seorang ketua di sini saya gembira dengan
pencapaian anak buah saya yang dapat memperluaskan kerjaya mereka di
peringkat lebih tinggi dan keputusan yang di ambil oleh Zizi adalah
tepat,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Zizi mula berkhidmat di Suria FM sejak empat tahun lalu dan pernah mengendalikan segmen seperti Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Sharifah Shahira (Shira) sebelum bergandingan dengan Myra menerusi Menu Ceria Suria pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Dalam pada
itu, Yusri menafikan desas-desus mengatakan Zizi meninggalkan stesen
itu kerana mempunyai masalah dengan pihak pengurusan Suria FM.
Katanya, perkara itu tidak pernah terjadi malah pihak pengurusan cukup berpuas hati dengan prestasinya sepanjang bersama stesen radio itu.
Katanya, perkara itu tidak pernah terjadi malah pihak pengurusan cukup berpuas hati dengan prestasinya sepanjang bersama stesen radio itu.
“Masalah
tidak puas hati dengan pihak pengurusan tidak berlaku kerana Zizi
sendiri yang ingin meninggalkan Suria FM dan kami di pihak pengurusan
tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah untuk kebaikan dan masa
depannya,” ujarnya.
Bagaimanapun usaha mStar Online
untuk menghubungi Zizi gagal kerana dia telah berangkat ke Jakarta,
Indonesia dan telah memulakan tugas barunya itu sejak Isnin lalu.
Sementara
itu, Yusri memberitahu pihaknya masih belum mencari pengganti Zizi dan
tidak menolak kemungkinan akan ada wajah baru menggantikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan