Bapa
kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, pada Rabu merayu
pihak Peguam Negara supaya mengemukakan petisyen rayuan terbaik demi
keadilan anaknya.
Selain itu Azlan turut berharap agar petisyen rayuan
itu sempat difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh
hari lagi sebelum tempohnya berakhir.
”Apa yang penting adalah agar
Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan
petisyen rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini
saya percaya tinggal kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi.
“Saya
dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Peguam Negara dan
barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan
satu petisyen rayuan yang terbaik,” katanya menerusi satu kenyataan di
sini.
Beliau
berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa
mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat membabitkan anaknya dan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya.
Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya.
Pihak pendakwaan mempunyai masa selama sepuluh hari selepas menerima alasan penuh penghakiman kes itu.
Mengulas
lanjut Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang
warganegara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan.
“Saya juga
percaya bahawa hak untuk anak saya diadili sehingga ke peringkat
mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh
pihak Peguam Negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan