MALAYSIA KINI
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin
bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas
Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.Anwar yang sering dirujuk sebagai "perdana menteri dalam penantian" itu berkata, beliau mungkin "kembali mengajar" jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam.
"Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan akhbar itu.
Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri.
Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
8 ulasan:
kita tgk benarkah dia akan bersara nnti?
Betulkah Anwar akan melakukan atau cuma cakap kosong saja untuk senangkan diri sendiri.
the BN was concerned, every promise made to the people would be fulfilled
The next general election is vital and all in BN must ensure a strong mandate for the ruling coalition
Baguslah Anwar bersara supaya Mahathir pun senyap.
Tidak mungkin Anwar mahu melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Malaysia. kalau dia bersara pun pasti kedudukannya diambil alih oleh anaknya atau orang di kalangan ahli keluarga dan kerabatnya.
pancingan saja ni.. tidak semudah itu dia mahu bersara.. saja dia mau tarik sokongan simpati..
sejak dia jadi pembangkang, hingga la sekarang, strategi dia asyik minta simpati saja.. tapi bagus juga la kalau dia bersara.. aman sikit Malaysia..
Catat Ulasan