Sabtu, 14 Julai 2012

Ahli Majlis MBPJ tidak dengar berita Latheefa digugur

 
Khairul Anwar yang mengetuai ahli majlis dari PKR Selangor turut menjelaskan bahawa semua ahli majlis bebas membuat kritikan terhadap dasar kerajaan negeri dalam mesyuarat. 




PETALING JAYA: Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari PKR Khairul Anwar Ahmad Zainuddin menyatakan beliau tidak mendengar sebarang berita mengenai kemungkinan rakan sejawatnya Latheefa Koya akan digugurkan.

“Saya tidak dengar sebarang berita sebegini,” kata beliau ketika diminta mengulas laporan FMT semalam yang memetik sumber menyatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu menggugurkan Latheefa dari jawatan ahli MBPJ kerana  mengkritik dasar kerajaan negeri.

Sumber yang juga merupakan exco kerajaan negeri menyatakan perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri tetapi tiada keputusan dibuat setakat ini.

Latheefa ialah seorang peguam dan juga Ketua Penerangan PKR Pusat.

Khairul yang mengetuai ahli majlis dari PKR Selangor turut menjelaskan bahawa semua ahli majlis bebas membuat kritikan terhadap dasar kerajaan negeri dalam mesyuarat.

“Kita membahas dasar kerajaan negeri dan terbuka untuk memberi kritikan membina dalam mesyuarat,” kata Khairul yang juga lebih dikenali sebagai Jonah.

Beliau menambah budaya kritikan membina ini terserlah setelah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan dalam tahun 2008.

Lihat juga:
MBPJ councillor Latheefa to be axed?

Tiada ulasan: