Pakatan
jahat anak-beranak yang bersekongkol mengedar dadah berakhir apabila
tiga sekeluarga ditahan ketika leka membungkus ganja di rumah mereka di
sebuah flet di Ayer Itam, di sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan
kira-kira jam 10 malam itu, sepasang suami isteri berusia lingkungan
40-an ditahan bersama anak lelaki mereka berusia 18 tahun.
Menurut
sumber, ketika serbuan tiga sekeluarga berkenaan sedang sibuk
membungkus ganja yang dipercayai untuk diedarkan di sekitar kawasan
ini.
“Siasatan
awal mendapati pasangan berkenaan bersekongkol mengajar anak mereka
membabitkan diri melakukan aktiviti jenayah berkenaan bagi mendapatkan
wang mudah.“Selain itu, anak lelaki mereka juga ditugaskan sebagai
‘pegawai pemasaran’ dengan menyasarkan golongan remaja sebagai
pelanggan untuk membeli bekalan ganja terbabit,” katanya.
Menurutnya,
siasatan awal juga mendapati keluarga terbabit baru beberapa bulan
menjalankan aktiviti berkenaan dan polis melakukan serbuan hasil
intipan dan juga maklumat daripada orang awam.
“Polis tidak menolak kemungkinan keluarga ini bekerja dengan sindiket dadah tertentu atau mereka mungkin melakukan kegiatan ini secara persendirian.
“Polis tidak menolak kemungkinan keluarga ini bekerja dengan sindiket dadah tertentu atau mereka mungkin melakukan kegiatan ini secara persendirian.
“Hasil
pemeriksaan awal ujian air kencing mendapati suspek lelaki yang juga
ketua keluarga berkenaan positif dadah dan setakat ini, kami masih
menjalankan siasatan lanjut mengenai kes terbabit,” katanya.
Dalam
serbuan itu, polis berjaya merampas tiga kilogram ganja, beberapa
peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah seperti alat
penimbang, gunting dan juga bungkusan beg.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng
ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua suspek terbabit dan mereka
kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan