1 Murid 1 Rim kertas A4.Begitulah mengikut tajuk surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam kepada ibu-bapa / penjaga murid-murid tersebut.
Mengikut
daripada isi kandungan surat yang disertakan di atas, tujuan surat ini
dikeluarkan dan diberi kepada ibu-bapa dan penjaga adalah kerana ingin
meminta sumbangan kertas A4 untuk persediaan Ujian Bulanan 2 dan
Peperiksaan Akhir Tahun sekolah tersebut, oleh kerana peruntukan
kewangan yang diberikan kerajaan adalah tidak mencukupi.
Kami tidak dapat mengesahkah samada ada
surat di atas adalah benar atau palsu semata-mata, namun kami melihat
perkara ini dengan begitu serius. Bagaimana pula peruntukan yang
diberikan tidak mencukupi? Adakah benar kerajaan memang tidak
menyalurkan sumber kewangan yang relevan kepada sekolah ini? Kami
difahamkan hanya Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam sahaja yang ada
mengeluarkan surat seperti di atas.
Tidak salah untuk meminta bantuan
daripada ibu-bapa, namun kami melihat ada sesuatu yang tidak kena sama
sekali. Bagaimana hanya sekolah yang diesbutkan di atas sahaja yang
terlibat manakala sekolah-sekolah lain tidak mempunyai masalah
sedemikian? Adakah ini merupakan kesalahan pentadbiran sekolah dalam
menguruskan kewangan atau sebaliknya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan