Rabu, 4 April 2012

Hasrat SPRM Siasat Tanpa Laporan, Tidak Releven- Rafizi



SHAH ALAM: Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini kononnya mampu mengambil siasatan terhadap kes tanpa laporan dan aduan rasmi dianggap sebagai tidak releven oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, kenyataan seumpama itu sama sekali tidak terpakai dalam kes pembongkaran penyelewengan skandal lembah daging National Feedlot Corporation (NFC), sedangkan ia disertakan dengan pelbagai bukti dan dokumen berkaitan.

“SPRM sekarang sedang berdepan dengan persoalan imej di mata rakyat.

“Dalam kes NFC sudah cukup menunjukkan bahawa masa yang diambil SPRM untuk bertindak dan membuat siasatan bukan sahaja tidak seperti apa yang dikatakan tetapi memberi tanda tanya dan kemarahan rakyat,”jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM mempunyai kuasa menyiasat mana-mana kes rasuah daripada sumber lain termasuk melalui laporan akhbar mahupun internet, asalkan ia mempunyai unsur-unsur berlakunya kegiatan jenayah.

Mengulas lanjut perkara ini, Rafizi berkata apa yang dilafazkan oleh Abu Kassim adalah satu bentuk cabaran baru kepada SPRM untuk membuktikan segala kenyataannya itu benar-benar dilakukan.’

“Kenyataan itu tidak sama sekali melambangkan tindakan yang diambil terhadap sepanjang penyiasatan kes NFC.

“Sehingga kini kita tidak lihat apa-apa bentuk tindakan terhadap mana-mana invidu dalam NFC sedangkan kes berstatus ‘national’ ini disertakan dengan pelbagai bukti,”tambahnya lagi.

Tiada ulasan: