Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali
berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk
membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH 3.0 dijalankan semalam.

"Saya
nak cadangkan kepada Najib, kerana suasana berlarutan seperti ini.
Jadi, selepas transformasi yang telah dilakukan, Najib jangan takut.
"Saya percaya rakyat akan sokong dia. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," katanya.

Beliau
berkata demikian hari ini pada sidang media selepas merasmikan
pehimpunan raja berdaulat kasih dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur hari ini.
Seramai 100,000 orang menyertai perhimpunan
BERSIH 3.0 di ibu kota Kuala Lumpur semalam untuk menuntut pilihan raya
bersih dan adil dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan