Jumaat, 27 April 2012

Kong akui ‘separuh benar’ meneruskan pembayaran bond PKFZ

 
 
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui “sebahagian benar” beliau telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Pengangkutan untuk memaksa pihak berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) untuk terus membayar kepada pemegang bond Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

PKA telah menyembunyikan bayaran sementara menunggu tindakan undang-undang lebih RM1.6 billion untuk projek PKFZ namun terus membayar atas arahan kerajaan.

“Mungkin sebahagiannya benar ... betul,” kata Kong kepada The Malaysian Insider dalam pertemuan peribadi selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi MCA di ibu pejabat parti berkenaan semalam.

Namun, Setiausaha Agung MCA (gambar) itu turut menyalahkan PKA, dengan berkata pihak berkuasa berkenaan yang telah memberikan kementeriannya angka sebenar pembayaran setiap tahun.

“Jadi jika PKA kata kami membayar walaupun mereka arahkan untuk berhenti, tapi, setiap kalinya, angka yang perlu dibayar adalah atas nasihat PKA.

“PKA sebenarnya menasihati kami berkenaan amaun berlebihan,” katanya. Kong menambah, bayaran tambahan itu adalah untuk mengelakkan berlakunya pecah amanah antara pemegang bond, mengulangi alasan ama yang dikemukakan Pengerusi PKA Datuk Teh Kim Poh.

Ahli Parlimen Lumut itu membalas dakwaan berkenaan menggunakan kuasanya dalam kementerian di bawah Akta Penguasa Pelabuhan 2010 yang mengarahkan lembaga PKA membayar jentera khas (SPV) mewakili pemegang bond KDSB.

Bekas menteri di kementeriannya Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas Pengerusi PKA Datuk Lee Hwa Beng minggu lalu mendakwa dirinya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat keputusan untuk menangguhkan bayaran kepada pemegang bond.

Ong sebelum ini telah dituduh oleh kepimpinan baru PKA kerana membenarkan bayaran berkenaan walaupun terdapat pertikaian berhubung kemungkinan KKDSB, ataupun pemaju projek PKFZ telah lengkap hingga kerja  RM1.6 juta.

Pengerusi PKA, Teh menegaskan beliau meneruskan pembayaran tersebut di bawah pemerhatiannya dan Kong hanyalah “sekadar berterusan.”

Berdasarkan dakwaannya itu, Kong menegaskan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau telah mengarahkan direktornya menggantung pembayaran tersebut pada 2009, namun ianya ditolak Kementerian Kewangan, yang mana diterajui Najib.

“Saya enggan membabitkan perdana menteri, namun hanya pada 4 Julai (2009), beliau mengarahkan supaya mengubah keputusan, saya kata mustahil. Namun, lembaga pengarah di bawah seliaan Lee, terpaksa bermesyuarat untuk mengubah keputusan itu,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pembayaran berkenaan kemudiannya dibuat beberapa hari kemudian namun “sekarang ini, Kong dan pengerusi PKA seharusnya sudah mempunyai butiran lengkap berkenaan pembalikan tersebut dan tidak sewenang-wenangnya mengelirukan publik.”

Lee, yang merupakan pengerusi PKA sejak Mac 2008 hingga .ac 2011, turut mengesahkan versi Kong berkenaan perkara itu, dan menambah Kong telah memohon menggunakan kuasa kementeriannya pada 2010, bagi mengarahkan PKA membuat bayaran kepada SPV KDSB.

Bekas Adun Subang yang baru-baru ini melancarkan buku berhubung skandal PKFZ, berkata lembaga pengarah PKA telahpun bertemu pada tahun tersebut dan memutuskan untuk menangguh bayaran tersebut bagi memastikan jumlahnya yang berlebihan itu akan tidak jatuh di bawah paras RM1.6 juta seperti yang dibicarakan di mahkamah.

PKA sedang mengemukakan saman KDSB RM1.6 bilion untuk kerja yang tertangguh.

Kong semalam mengesahkan RM1.6 bilion itu adalah jumlah yang masih belum jelas terhadap KDSB.
Katanya, bayaran akhir, menurut jadual pembayaran disiapkan apabila bond berkenaan dikeluarkan pada kali pertama, patut di buat pada 2017.

“Sepatutnya ada empat bond ... yang mana telah distruktur mengikut jadual pembayaran ... sejak bond tersebut dikeluarkan,” katanya.

Kong menambah, pembayaran semula bond bernilai  RM510 juta dibuat pada 2007 semasa Tan Sri Chan Kong Choy masih lagi sebagai Menteri Pengangkutan.

Pembayaran kedua dan ketiga dibuat pada 2008 dan 2009, katanya dibuat ketika Ong masih lagi sebagai menteri.

Bayaran berikutnya pula dibuat pada 2010, dan tahun lepas, tambahnya dibuat sewaktu di dalam pemerhatiannya.

Kong mengambil alih jawatan daripada Ong sebagai Menteri Pengangkutan pada 2010 selepas digugurkan dari Kabinet diikuti pengguguran sebagai Presiden MCA tahun itu.

“Ini adalah jadual pembayaran, jadual yang lengkap apabila bond berkenaan dikeluarkan,” katanya.

The Sun semalam melaporkan KDSB telah bersetuju membayar pemegang bond sekiranya berlaku defisit pembayaran oleh kerajaan atau PKA kepada projek PKFZ.

Akhbar itu melaporkan KDSB bersetuju dalam empat surat untuk “mengambil alih bagi melindungi kejatuhan dalam perkara itu untuk sebarang defisit bagi jumlah bayaran oleh PKA pada 2012 berbanding jumlah pembayaran bond berkenaan.”

Menurut The Sun, KDSB, yang juga menjual tanah untuk projek yang dikatakan meningkat kepada RM25 sekaki persegi, turut memberikan jaminan SPV itu mewakili pemegang bond daripada liabiliti dan perbelanjaan yang timbul yang tidak dipatuhi KDSB dengan pelbagai persetujuan pembangunan yang telah ditandatangani dengan PKA.

Projek PKFZ, dianggarkan bernilai RM1.1 billion telah diumumkan oleh Menteri Pengankutan ketika itu, Tun Dr Ling Liong Sik pada 1997, meningkat kepada empat kali ganda kepada RM4.6 billion pada 2007.
Kajian oleh firma akauntan PricewaterhouseCoopers

Mendedahkan pada 2009 jumlah kos termasuk kadar bunga daripada hutang bakal mencecah RM12.5 billion.

Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa di mahkamah termasuk bekas Presiden MCA Dr Ling termasuk menteri pengangkutan, bekas timbalan ketua MCA, Chan, yang kedua-duanya dituduh menipu Kabinet.

Tiada ulasan: