Sabtu, 11 Februari 2012

Dr M: Proton tidak senang disebut kereta murah

FREE MALAYSIA TODAY

Beliau berkata, kereta murah tidak boleh memiliki kualiti dan peralatan kereta impot yang lebih mahal.



PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pegawai dan pekerja Proton tidak senang dengan anggapan kereta nasional berharga murah.

“Orang di Proton tidak senang dengan reputasi ini. Mereka merasa adalah hal yang salah jika mereka tidak boleh membuat kereta dengan teknologi terkini ,” kata penasihat Proton itu dalam blognya.

Beliau berkata, kereta murah tidak boleh memiliki kualiti dan peralatan kereta impot yang lebih mahal.

Proton sedang mengembangkan sebuah kereta berjenama Proton yang kualitinya tidak kalah dengan buatan Eropah.

Proton P3-21A

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyebut nama tetapi beberapa laman web menyebut kereta itu adalah Proton Persona generasi terbaru yang diberi kod Proton P3-21A.

“Kemarin saya mencubanya di sirkit Shah Alam. Saya boleh memastikan pengguna Proton dan masyarakat Malaysia umumnya, model baru ini boleh menyaingi kualiti kereta Jepun dan Eropah. Sangat mudah memandunya,” ujarnya.

Kereta itu kata Dr Mahathir memiliki mesin 1.6 liter turbocharged yang setara dengan tenaga dari mesin 2.0 liter dengan emisi yang memenuhi Euro5.

“Saya yakin ini adalah kereta yang hebat dan Proton boleh berbangga dengannya. Ringgit yang lebih banyak anda keluarkan untuk kereta ini akan sepadan,” beliau menambah.

Tiada ulasan: