Rabu, 29 Februari 2012

Noh saman Adun DAP Sekinchan RM10 juta




PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar akan menyaman wakil rakyat DAP Sekinchan dan kerajaan Selangor kerana mendakwa beliau melesapkan wang insentif petani RM110 juta.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu berkata, peguamnya akan menyaman Ng Suee Lim sebanyak RM10 juta.

Kata Noh, beliau menyaman kerajaan Selangor kerana akhbar Selangorkini milik kerajaan negeri membuat tuduhan sama.

Selangorkini, katanya menggunakan wang rakyat dan diedarkan di masjid mengatakan petani medesak beliau meletak jawatan.

`Asyik nak buat fitnah’

“DAP menyalak boleh lah, dia menyalak, bawa sepanduk, dia kumpul 5-6 orang, buat fitnah, dia kata saya lesapkan RM110 juta.

“…dia kata saya lesapkan RM110 juta, saya dah terangkan dalam parlimen dengan panjang lebar tetapi DAP Sekinchan boleh jadi dia pekak dia tidak dengar apa saya terang.

“Dia tuduh saya lesap RM110 juta, saya kata tunggu, peguam saya akan hantar surat saman minggu depan.

“Saman saya dah siap, peguam saya akan hantar pada wakil rakyat Sekinchan ini. Saya saman tak banyak RM110 juta cukup lah. Ini kena ajar wakil DAP dia asyik nak buat fitnah tak habis-habis” katanya ketika berucap dalam program bersama rakyat di Sungai Besar Sabtu lalu.

Noh menegaskan, DAP tidak perlu mencampuri urusan nelayan kerana beliau sendiri yang akan menguruskannya.

“Dia nak jadi juara kepada nelayan, apa DAP boleh buat nak bela nelayan?

“Masalah nelayan DAP Sekinchan tak payah cakap pandai, (wakil rakyat) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim boleh balik tidur kerana hidup mati saya ditentukan oleh pesawah,” tambah beliau.

Tiada ulasan: