Rabu, 29 Februari 2012

Kontrak l'raya: Najib diminta tak ketepikan keraguan AG


MALAYSIA KINI

DAP menggesa Perdana Menteri supaya tidak mengketepikan pandangan Peguam Negara yang mempersoalkan perjanjian Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat, tetapi sebaliknya butir-butir penuh termasuk pelbagai insentif kewangan yang diberikan kepada pemegang konsesi berkenaan.

NONE"Najib (Abdul Razak) mesti membuktikan tekad 'transformasi ekonomi' yang diterajuinya dengan melaksanakan semua reformasi mengenai ketelusan dan akauntabiliti yang dicanangkannya sejak memerintah lebih tiga tahun yang lalu," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan eksklusif oleh akhbar harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam, memetik Abdul Gani sebagai berkata syarat-syarat perjanjian untuk projek lebuhraya berkenaan tidak mencerminkan kepentingan awam.

Menurut laporan itu, sumber kerajaan memberitahu akhbar berkenaan, bahawa Abdul Gani (bawah, kiri) kurang senang dengan terma-terma yang dikatakan banyak memihak kepada syarikat konsesi lebuh raya, WCE Sdn Bhd, yang dimiliki sebuah anak syarikat Europlus Bhd yang memegang 64.2 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Abdul Gani telah menyatakan keraguannya kepada Unit Perancang Ekonomi dan agensi-agensi serta kementerian yang berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya melalui satu notis berhubung pembinaan lebuh raya bertol sepanjang 316 kilometer itu yang akan menghubungkan Banting di Selangor dengan Taiping di, Perak.

ghani patail gani 060409Menurut sumber yang dipetik dalam laporan itu lagi, "walaupun ada tekanan hebat supaya dokumen-dokumen perjanjian segera dimeterai, Peguam Negara memaklumkan kepada pihak berkepentingan yang beliau mahu terma perjanjian itu dikaji semula".

Mengulas laporan itu, Pua menuntut Najib memberikan jawapan menjelasakan mengapa kerajaan mendesak konsesi WCE itu dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus melalui rundingan terus yang telah menyaksikan kos projek berkenaan melambung naik.

Tiada ulasan: