Rabu, 29 Februari 2012

Lim: Umno, PERKASA bersalah jika saya diancam


MALAYSIA KINI

Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

NONE"... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya."

Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

penang lynas himpunan hijau 260212Kumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang.

"Melihat keganasan oleh ahli-ahli Umno dan PERKASA, walaupun hampir dua hari berlalu, saya masih rasa terancam," kata Lim.

[Baca berita penuh]


Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP merangkap ADUN Teratai Jenice Lee mengutuk tindakan ahli Umno yang didakwa mengunakkan keganasan terhadap Lim.

Katanya, pada acara 26 Februari lalu, semasa ketua menteri itu menyampaikan ucapan, sekumpulan ahli Umno menganggu acara itu dengan membuat bising menjerit secara berterusan “Satu Malaysia” dan “Hidup Najib”.

NONE“Saya juga berasa amat kecewa terhadap pihak polis Pulau Pinang. Walaupun polis berada di tempat kejadian semasa Lim dan pemberita diserang oleh ahli Umno tetapi polis berdiam sahaja. I

“Ini jelas menunjukkan polis mengamalkan prinsip ‘double standard’, satu untuk ahli Umno dan satu untuk rakyat biasa dan pemimpin Pakatan Rakyat,” kata Lee.

Justeru, beliau mahu Ketua Polis di Pulau Pinang memohon maaf kepada semua rakyat kerana gagal melindungi Lim dan menjaga keselamatan orang ramai.

Tiada ulasan: