Harakahdaily, | |
KUALA LUMPUR: Ulasan blogger Cenangau Daun Kari mengenai kritikan ulama muda Umno, ustaz Fathul Bari terhadap bai’ah yang digunakan untuk tujuan politik seolah menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily sepanjang minggu lalu.
Dalam ulasannya, Cenangau berkata kritikan Fathul, walaupun asalnya bertujuan untuk mempertikaikan konsep bai’ah yang digunakan PAS, tetapi terkena pada Umno dan Muhyiddin sendiri, kerana mereka turut melakukan sumpah bai’ah semasa perhimpunan Umno tahun lepas yang diketuai Muhyiddin.
“Cumanya suka aku nak bagi nasihat kepada ulama muda Umno yang dah mula berjinak-jinak dengan politik. Sebagai ahli politik nak kena peka sentiasa, jangan la sampai kenyataan yang dibuat tanpa disedari membelasah ketua sendiri.
"Bukan calang-calang yang Ust Fathul Bari terbelasah tu, Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri,” sindir beliau.
Kritikan pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar pula menduduki tangga kedua.
Dalam kritikannya, Ridhuan melahirkan rasa kecewa ada keluarga pemimpin yang tidak menutup aurat dan boros, dan berkata mereka ini hilang kelayakan untuk dijadikan role model kepada generasi akan datang.
Pada tangga ketiga ialah berita Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan umat Islam di negara ini memilih parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini.
Oleh yang demikian, Ketua Penerangan Pemuda PAS Ustaz Riduan Md Noor menyarankan supaya umat Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan pilihan mereka.
Berita keempat terhangat minggu lalu ialah berkenaan sekeping gambar yang memaparkan yang perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebelum berlepas.
Gambar tu meletup di Facebook Harakahdaily dengan di'like' oleh 435 pembaca, dikongsi oleh 83 pembaca dan menerima 487 komen pembaca. Ramai yang memberikan tafsiran menarik mengenai gambar ini.
Dan tempat kelima ialah berita pertikai terhadap logo Jati yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali yang mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.
Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu.
http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 19 Februari hingga 25 Februari, 2012.
1 | |
2 | |
3 | |
4 | |
5 | |
6 | |
7 | |
8 | |
9 | |
10 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan