Jumaat, 20 Januari 2012

Semua mata tertumpu pada Dr M dan balasan dendam beliau terhadap pembebasan Anwar

Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


Apabila hakim Mohamad Zabidin berbalik kepada penemuan beliau yang awal dan memerintahkan pada 9 Januari 2012 bahawa kerajaan Perdana Menteri Najib Razak tidak cukup bukti untuk mendakwa Anwar Ibrahim melakukan liwat, tanpa ragu-ragu lagi ia merupakan satu kemenangan bagi Ketua Pembangkang itu dan Pakatan Rakyat .

Bukan sahaja ia memberi semangat yang besar kepada pihak PKR yang telah lama menderita begitu juga penyokong setia mereka. Keghairahan yang meletus akibat berita itu di negara ini dan di seluruh dunia jelas menandakan bahawa ramai sangat terkejut dengan perkembangan itu. Dari Amerika Syarikat ke Kanada ke Australia, pemimpin-pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Anwar dan juga memujiNajib yang akhirnya membuat keputusan yang ‘terbaik’. Dalam hal ini, Anwar tidak pernah bersalah dan tiada siapa yang percaya sandiwara yang tidak masuk akal direncanakan oleh Najib dan Umno pada tahun 2008 untuk menjamin keselesaan mereka sebelum pilihan raya umum akan datang, yang harus diadakan sebelum atau pada April 2013 .

Minat dunia maju dan Barat adalah pembuka mata kepada rakyat Malaysia, yang berasa bangga bahawa salah seorang pemimpin mereka boleh mencuri perhatian antarabangsa dan atas sebab-sebab yang betul – tidak seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sering diperlekehkan sebagai badut Dunia Ketiga dan diktator. Sama juga dengan Najib dengan kes-kes memalukan - yang melibatkan sogokan besar untuk pembelian kapal selam Scorpene Perancis dan kejatuhan perundingan FBC Media UK dan APCO di New York yang jelas menjijikkan dunia Barat.

Tetapi Anwar, seperti Aung San Suu Kyii di Myanmar dilihat menjadi harapan untuk masa depan rantau ini. Kedua-duanya mereka adalah ikon demokrasi dan reformasi dan mempunyai harapan untuk menjadi pembawa obor generasi baru sebagai pemimpin yang cermat dan berprinsip yang akhirnya akan membawa rantau ini ke hadapan, meletakkan pertama-tamanya kepentingan kaum mereka berbanding diri mereka sendiri.

Umno tidak lagi seperti dulu

Najib cuba untuk mengambil kredit daripada keputusan mahkamah dengan megah memberitahu bahawa "Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas dan keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan tidak mempengaruhi keputusan hakim". Mungkin Najib layak diberi kredit tetapi tidak untuk badan kehakiman yang sebenarnya tidak pernah berubah sama sekali. Najib telah membatalkan rancangannya walaupun pada saat-saat akhir. Tidak seperti Mahathir dalam kes Liwat 1998 , dia tidak mampu mengharunginya. Dan ini mungkin untuk menyelamatkan pentadbiran dan dirinya sendiri.

Suka atau tidak, Najib tidak layak untuk menjadi ketua Umno, terutamanya kerana parti itu sendiri telah berubah pesat dari tahun ke tahun. Untuk menjadi orang nombor 1 dalam Umno, seseorang itu harus pandai berurusan dengan penyamun dan pencuri dalam UMNO yang menyamar sebagai ketua bahagian, aka panglima perang Umno. Sudah terbiasa dengan kehidupan yang selesa dan mewah, Najib yang manja itu tidak akan dapat membawa kepada kemajuan, apatah lagi mengawal kumpulan ini.

Sepupunya, Hishammuddin Hussein juga harus ingat pelajaran ini. Sebaik sahaja seseorang menjadi PM rasmi negara ini, apa-apa dan semua yang tidak baik akan berhenti di hadapan pintu rumah beliau - dalam erti kata lain, tanggungjawab terhenti pada dia. Oleh itu, kuasa mungkin sesuatu yang menyeronokkan dan begitu juga dengan perangkap yang datang dengan status rasmi itu. Akhirnya, seseorang mesti menilai - adakah berbaloi untuk merosakkan reputasi diri dan nama keluarga semata-mata untuk berpegang kepada kuasa dengan perbuatan kejam? Tiada siapa yang kekal dalam kuasa selamanya dan sejarah telah membuktikan ini - ia adalah sesuatu yang Najib dan Mahathir tidak boleh halang, tidak kira berapa banyak yang mereka belanjakan untuk perhubungan awam.

Akhirnya Najib sedar bahawa yang mendapat manfaat daripada sabitan ke atas Anwar dan rusuhan jalanan penyokong Anwar ini adalah Mahathir, anaknya dan sayap kanan UMNO dan bukan dirinya atau keluarganya. Mereka bekerja di belakang tabir dan memegang tampuk pedang Najib. Mereka akan memusnahkan negara dan warisan dan imej Najib sendiri bersama-sama dengannya.

Seperti ular, Mahathir akan membalas dengan meludah racun

Sama ada rayuan pembebasan dibuat, Najib kini harus berjalan dengan berhati-hati.Tidak banyak yang Mahathir boleh lakukan untuk merosakkan Najib kerana sebagai seorang lelaki yang lebih tua dia masih perlu menghormati protokol. Tetapi di sebalik tabir, Mahathir akan melawan kembali, dan yang pasti si tua ini dan pengasas UMNO baru akan melancarkan perang yang paling sengit!

Benar-benar seperti penjahat daripada novel ceritera lama, Mahathir sudah pasti sedang mengumpul kekuatan untuk menenggelamkan Najib. Sudah tentu, Mahathir dan gengnya akan menjatuhkan Najib seraya mendesaknya mengambil tanggungjawab terhadap pembebasan Anwar dan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno. Tidak dinafikan, pembebasan Anwar telah meningkatkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang tetapi pada dasarnya kedua-dua pakatan kini kembali di tempat yang sama pada tahun 2008, sebelum tuduhan liwat. Perbezaannya adalah dalam 4 tahun yang lalu,Pakatan Rakyat telah bekerja keras, membuktikan kemampuan mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Manakala Umno pula tidak bekerja keras dan parti itu telah merosot dengan perbalahan dalaman kini berada di tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bagi pemerhati, sama ada Anwar telah didapati bersalah atau tidak, pemerintah Umno dan BN akan berhadapan dengan pembangkang yang lebih mantap dan popular dalam pilihanraya umum ke-13. Dan Pakatan mempunyai peluang yang baik untuk memenanginya walaupun tanpa diterajui Anwar.

Mahathir tidak merasa tenteram. Dia membenci Anwar dengan sepenuh hati. Hanya Anwar yang boleh mengumpul bukti yang cukup dan mendedahkan salah laku kewangan, yang bukan sahaja termasuk rasuah besar-besaran tetapi juga hampir membankrapkan negara dengan idea lemah dan tindakan yang benar-benar bodoh seperti percubaan mengwal pasaran timah global atau menggunakan seseorang seperti Nor Mohamad Yakcop untuk mempertaruhkanan mata wang secara besar-besaran terhadap para pendagang yang terbaik di dunia termasuk George Soros.

Kemarahan yang memuncak namun Umno diambang kehancuran

Khabar angin bertiup kencang bahawa Mahathir kini marah yang teramat. Dia tahu Najib akan terus memberi muka kepadanya di khalayak ramai. Tetapi pada dasarnya Najib telah membebaskan dirinya dari cengkaman itu. Najib berganggapan bahawa sekiranya beliau akan melepaskan jawatan presiden Umno,

mengapa tidak lakukannya dengan betul dan dengan cara yang tidak mencemar nama keluarganya.

Garis penamat untuk UMNO semakin hampir dan kedua-

Mahathir tidak perlu membuktikan Najib salah kerana ramai tahu yang pada masa ini yang menghuni Umno adalah sama seperti beliau. Mereka tidak kisah akan negara atau bangsa Melayu.

Mereka tidak mahu kemasyhuran kerana mereka hanya mahukan wang; dalam kuantiti yang banyak dan sentiasa mengalir.

Ketamakkan mereka tidak mungkin akan padam.

Mahathir masih mempunyai banyak pengaruh dalam Umno - ada yang mengatakan pengaruhnya adalah berkadaran dengan harta yang dimiliki oleh anak-anaknya Mokhzani dan Mirzan - kedua-duanya adalah dikalangan orang-orang

terkaya di dunia. Sesungguhnya,

Mahathir mempunyai kuasa yang disegani. Namun begitu untuk apa?

Tidak syak lagi, beliau boleh menyemarakkan perbalahan dalaman yang berlaku di setiap bahagian dalam Umno untuk melemahkan kepimpinan Najib. Tetapi Najib tidak mengendahkannya kerana apa sahaja yang Mahathir boleh lakukan? Dia boleh menendang Najib keluar tetapi apakah lagi yang akan tinggal dalam UMNO? Kemungkinan besar, manusia-manusia rakus yang penuh dengan kejahatan dan rasuah, yang tidak sedar akan realiti dan tidak dapat memenangi mana-mana pilihan raya, apatah lagi PRU-13. Adakah itu kemenangan yang diinginkan,

atau pembalasan dendam yang tidak menjadi?

Permainan Umno -sandiwara dan manipulasi

Walau bagaimanapun, mengetahui keperibadiannya yang separuh gelap itu, kebanyakan mereka dalam Umno menjangkakan Mahathir akan mula mengancam Najib melalui cara-cara manipulasi biasa. Beberapa berita menarik akan disebarkan mengenai Najib. Najib yang berusia 58 tahun itu walaupun terikat dengan tali apron isterinya juga dikatakan sebagai mata keranjang - sesuatu yang Altantuya, sekiranya tidak dibunuh oleh dan bekas pengawal peribadi Rosmah boleh sahkan.

Ya, Mahathir telah menyusun sebuah profil mengenai Najib, lebih tebal daripada yang disusunnya mengenai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Perdana Menteri- Abdullah Ahmad Badawi ataupun Anwar.

Ada yang percaya bahawa 60% daripada penjawat awam masih taat setia kepada Mahathir. Mereka ini ramainya berada di bahagian perisikan polis yang telah mengkompil banyak dokumen itu terhadap Najib dan orang-orang yang rapat dengan beliau –lebih banyak berbanding sejarah Malaysia yang berusia 54 tahun. Ya, Mahathir juga mempunyai kompilasi mengenai menteri-menteri Kabinet seperti Ahmad Zahid Hamidi, Jamil Khir Baharom, Rosmah Mansor dan sesiapa yang menunjukkan sebarang kecenderungan untuk menyokong Najib.

Untuk menukar rentak dan mengelirukan pemerhati, Mahathir juga boleh berpura-pura untuk memberikan sedikit sokongan kepada pembangkang dengan memuji mereka. Ini bertujuan untuk mengusik Najib. Mahathir boleh bertindak seperti Idris Jusoh, Bekas Menteri Besar Terengganu yang masih marah. Jika anaknya Mukhriz Mahathir tidak mempunyai masa depan politik, maka tiada siapa dalam Umno akan mempunyai masa depan politik! Ini adalah mentaliti biasa Umno elit yang tamak.

Sebagai pemain yang berpengalaman, Mahathir juga akan menunggu Najib untuk bertindak balas sebelum membocorkan skandal yang selantunya. Dia akan menunggu Najib berpeluh sehingga ke titik terakhir, sebelum menghantar mesej bahawa 'Tun mempunyai sesuatu untuk dikatakan'.Dari kedudukan yang kukuh, Mahathir akan memanggil Najib ke rumahnya untuk satu mesyuarat tertutup, suatu rundingan empat mata.

Tetapi bagaimana jika Najib dan Rosmah tidak terkesan?

Pada masa lalu, memeras ugut ini berkesan keatas Najib yang dicemari rasuah, dan juga dibebankan dengan perwatakan 'playboy' nya. Oleh itu, dia seperti seorang badut yang berjalan apabila Mahathir berkata 'berjalan', dan berbual-bual apabila Mahathir berkata, 'bercakap'. Sangat melucukan betapa hebatnya kawalan Mahathir ke atas Najib yang jelas apabila berlaku beberapa siri kesilapannya sepanjang tempoh yang singkat menjadi PM.

Tetapi dengan PRU 13 begitu dekat, jika Najib - dengan galakan Rosmah - enggan untuk menjadi umpan, dan sebaliknya menolak semua cip ke meja untuk satu lemparan terakhir menentang tuannya. Dengan ini Mahathir akan akhirnya lenyap. Jika Najib berkata – lakukan sahaja tipu helah kamu, sama ada dengan cara paksaan untuk saya lepaskan jawatan presiden Umno, maka habislah Mahathir.

Jika ini berlaku, tiada guna bagi Mahathir untuk menggunakan Muhyiddin mengugut Najib. Muhyiddin, bekas Menteri Besar Johor juga sama seperti Mahathir- jauh terpisah dari realiti. Bagi Muhyiddin, Malaysia dan dunia ini adalah Umno. Inilah sahaja yang beliau faham. Beliau hanya akan membuang masa rakyat dan menduduki beberapa tahun yang singkat sebelum tahun keramat 2019 apabila Malaysia dilanda kebankrapan kerana hutang yang melampau.

Najib juga boleh membentuk geng sendiri dengan Abdullah Badawi dan Ku Li

Oleh itu, ia kelihatan seperti tirai akan ditutup untuk Mahathir dan 'geng' tamak beliau. Seperti pokok yang reput , dimakan oleh cacing dari kejahatan sendiri, Mahathir akhirnya akan jatuh, terhempas ke tanah dengan bunyi yang sangat kuat. Tetapi malangnya, tidak ramai yang akan bersimpati dengan beliau.

Satu perkara lagi, Najib juga boleh bersekongkol dengan musuh Mahathir yang lain - seperti puak Abdullah Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah. Bersama-sama, mereka boleh membina semula Umno yang baru, mewujudkan suatu entiti yang segar tanpa bayang-bayang Mahathir, yang boleh menempuh cabaran sendiri dan mungkin juga menang terhadap Pakatan Rakyat.

Jika mereka bertindak untuk menghentikan rasuah, Umno satu hari nanti boleh dikenali sekali lagi sebagai pembela nasib orang Melayu, lebih daripada sekarang yang hanya merupakan sebuah kapal lanun besar yang penuh dengan harta rompakan dan pesta minum-minum yang tidak berkesudahan. Jelasnya, terdapat banyak lagi keraguan dalam UMNO disebabkan Khairy dan rekod Najib sendiri yang buruk, tetapi sesungguhnya UMNO masih boleh menjadi lebih baik daripada sekarang.

Sungguhpun ia mungkin masih jauh- tetapi akhirnya, orang-orang yang masih mempunyai sedikit kesopanan dalam Umno, orang-orang yang masih takut kepada Allah dalam Umno, harus bersatu dan melawan binatang ini yang dipanggil Mahathir Mohamad, yang lebih daripada orang lain telah membawa Malaysia ke ambang kehancuran. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: