Sabtu, 14 Januari 2012

Eksklusif: Pemecatan Dr.Hassan Ali Dari PAS, Beri Peluang Kepada Dia Untuk "Bermuhasabah" Diri !

PAHANG DAILY


Ramai yang terkejut sebenarnya dengan keputusan drastik Parti Islam SeMalaysia (PAS) memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr.Hassan Ali (foto) baru-baru ini.

Biar pun keputusan itu dilihat satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh PAS, namun ramai pihak yang gembira dengan tindakan tersebut. Malah, ada diantara mereka yang melihat tindakan itu amat tepat demi menjaga imej dan maruah parti itu. Dr.Hassan Ali, antara pemimpin yang dilihat banyak mendatangkan masalah kepada PAS dan Pakatan Rakyat bila tergamak mengeluarkan beberapa kenyataan yang jelas bertentangan dan membelakangkan parti.

Terbaru, beliau mempertikaikan perjuangan rakyat membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baginya adalah satu tindakan yang tidak memberi apa-apa faedah kerana kes yang dihadapinya adalah isu peribadi. Malahan, dia juga mempertikaikan motif rakyat hadir dalam Perhimpunan Bebas Anwar 901 baru-baru ini.

Semua ini mengundang kemarahan rakyat dan mereka mula melihat Hassan Ali cuba bermain api dan "membakar jambatan" sendiri. Hassan memulakan kontroversi dengan isu "Kerajaan Perpaduan". Ramai yang mengganggap tindakan Hassan itu dek kerana beliau kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim andainya usaha-usaha itu direalisasikan.

Malah, Hassan juga dilihat menjadi punca perbalahan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. Beliau dikatakan sering menggadakan pertemuan sulit dengan beberapa orang pemimpin UMNO, dalam usaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan andainya PAS berjaya digabungkan dengan UMNO. Semua ini jadi kemarahan ramai penyokong PAS, terutamanya di negeri Selangor.


Tindakan Hassan Ali yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor hadir ke program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), anjuran beberapa buah NGO di Stadium Shah Alam baru-baru ini juga dilihat menimbulkan kontroversi, biar pun dia akui hadir atas kapasiti peribadi.

Hassan berucap dan berdiri sebaris dengan NGO yang dilihat lebih cenderung kepada kerajaan UMNO BN. Soalnya sekarang, apakah wajar PAS memecat Hassan Ali yang merupakan seorang tokoh yang cukup disegani sebelum ini?.

Hassan terus mencetuskan kontroversi bila menyarankan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia sekirannya pembangkang menang PRU-13 dan Anwar dipenjarakan dek kerana kes liwat yang beliau hadapi.

Semua kenyataan ini mengundang kemarahan buat seluruh rakyat terutamanya para penyokong pembangkang. Akhirnya Hassan dilihat boleh menjadi "liabiliti" kepada PAS dan Pakatan Rakyat andainya dia terus dikekalkan. Ini menyebabkan Hassan Ali akhirnya diterajang keluar dari PAS.

Terbaru, kami mendapat maklumat Hassan sebenarnya bukanlah pejuang Islam sejati yang boleh dipertahankan. Ini kerana beliau sememangnya seorang pemimpin yang lebih mengejar "nilai-nilai komersial" daripada roh perjuangan Islam itu sendiri.

Fikrah Hassan bukanlah untuk berjuang bersamaa Islam dan beliau bersama PAS hanya kerana pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

[Tindakan Hassan yang mahu memperkenalkan "sistem komisyen 10%" kepada penceramah PAS berdasarkan kepada kutipan dana dalam mana-mana program ceramah umum menyebabkan imej Hassan Ali sedikit rosak.

Beliau cuba membawa masuk elemen UMNO ke dalam parti Islam yang dilihat
"tidak kena pada tempatnya". Hassan cuba untu mengkomersialkan PAS selaras dengan cita-citanya.

Inilah yang menjadi kemarahan sebahagian pemimpin PAS yang membawa kepada pemecatan Hassan Ali. Malah, kisah namanya tidak tersenarai sebagai salah seorang calon PAS di
DUN Gombak Setia bukanlah omongan kosong semata-mata.

Memang benar rupanya majoriti rakyat di kawasan itu sudah jemu untuk bersama Hassan Ali lagi. Mereka melihat Hassan masih mengamalkan budaya
"mengejar duniawi" daripada perjuangan Islam sebenar.

Apapun, diharapkan Hassan Ali dapat muhasabah dirinya dan kembali ke landasan perjuangan yang hakiki. Usahlah terpedaya dengan duniawi hingga tergamak menghina mereka yang berjuang di landasan kebenaran.

Apapun, diharapkan masa depan Hassan Ali akan lebih bersinar lagi selepas ini. Semoga pemecatan ini akan memberi peluang kepada beliau untuk muhasabah dan kenali potensi diri. Salam takziah buat Hassan Ali].

Tiada ulasan: