Rabu, 5 Oktober 2011

Reform cara BN: Bagaimana untuk membazirkan masa Parlimen

Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle


Media di bawah kawalan kerajaan telah menyatakan sidang parlimen yang terakhir tahun ini adalah sidang yang paling penting, sarat dengan pengubah baikian, tetapi sebalik dengan gah, ia bermula dengan isakan.

3 Oktober harus diingati sebagai hari yang sangat tidak berguna walaupun untuk piawaian sidang parlimen di Malaysia, piawai yang terjejas akibat perbuatan-perbuatan yang tidak demokratik yang berulang kali dilakukan oleh BN. Apa yang dapat dicana oleh rakyat Malaysia di dalam sidang tersebut hanyalah kata-kata kosong dan pembentangan bil-bil yang tidak bermakna.

Pertama, kita ada Najib Razak yang tampil ke hadapan untuk membentangkan bil untuk menghapuskan akta-akta Banishment and Restricted Residence. Jelas tidak ada ialah bil untuk menghapuskan ISA yang pada 15 September lalu Perdana Menteri telah berjanji untuk mengakhirinya pada sidang parlimen seterusnya. Seharusnya ia berlaku hari ini, sekiranya Perdana Menteri merupakan seorang yang berpegang pada kata-katanya. ISA tidak dihapuskan.

Apa yang kita dapat hanyalah alasan-alasan remeh daripada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Beliau tidak memberikan tarikh, tetapi menawarkan untuk 'menelitinya' secara 'berperingkat'. Apa yang dimaksudkan olehnya? Jika ia berbunyi seperti kata-kata kosong, ia adalah kerana itulah ia sebenarnya. Hishamuddin Hussein sudah berkata benda yang sama selama tiga setengah tahun. Beliau selamanya 'meneliti' ISA. Bagaimana untuk tidak menghapuskannya, rasanya.

Hapuskan ISA?

Kerajaan BN tidak berniat untuk menghapuskan ISA. Mereka telibat dalam publisiti tipu untuk mencuba membuat rakyat Malaysia berfikir yang mereka ini akan menghapuskan undang-undang kejam itu. Undang-undang yang mereka tidak akan teragak-agak untuk salah gunakan seperti dalam kes Teresa Kok dan banyak lagi. Berpura-pura untuk menghapuskan ISA sambil meluluskan undang-undang baru dengan akronim baru yang sama kotornya, sam tidak demokratik, dan sama tidak adil. Peguam hak asasi manusia N. Surendran sudah melabelkan proses 'penghapusan ISA' ini sebagai satu penipuan, dan itulah permainan BN.

Apa yang BN mahu adalah untuk para pengundi menerima penipuan mereka. Apa yang BN mahu adalah untuk para pengundi percaya bahawa BN mampu berubah tanpa dihumban keluar dari Putrajaya. Walhal BN tidak mampu berubah tanpa disingkirkan dahulu. Terlalu banyak kepentingan dan penggila perang dan penggila kuasa dan makhluk-makhluk lain dalma BN yang mahukan keadaan tetap seperti sedia kala.

Perubahan sistem pengundian?

Seterusnya ialah Nazri Aziz, yang cabarannya, rasanya, adalah untuk menjaga reaksi wajahnya ketika membentangkan PSC tentang Bil Perubahan Sistem Pengundian. BN tidak mahukan sebarang perubahan dalam sistem pengundian yang sedia ada. Jika mereka mengubahnya, jika pilihanraya di Malaysia adalah bebas dan adil, maka BN akan kalah dalam pilihanraya umum. Walau bagaimanapun, mereka mahu berpura-pura untuk melakukan perubahan.

Kita akan dapat lihat banyak lagi adegan-adegan tidak bermakna daripada Nazri dan sekutunya dalm bulan-bulan mendatang yang penghujungnya tiada sebarang perubahan. Hishamuddin Hussein, dalam usaha yang kelihatannya untuk membantu, sekali lagi berjaya memperbodohkan dirinya dengan menegaskan bahawa Bersih kekal sebagai pertubuhan haram. Oleh kerana Bersih merupakan organisasi yang mengetuai perubahan sistem pengundian, maka apa-apa usaha jujur untuk merubah proses pengundian akan melibatkan Bersih. Ia menyatakan bahawa Bersih tidak dilibatkan dan diharamkan.

Akhirnya, bukan sahaja undang-undang yang menjadi masalah di Malaysia tetapi juga keangkuhan BN dalam penyalah gunaan undang-undang untuk menganiaya lawannya dan menjaga kepentingan mereka sendiri.

Pertunjukan yang dibuat oleh BN ini, yang dibelanjakan oleh wang pembayar-pembayar cukai negara, membuat mereka tidak akan meraih penyokong baru. 'Middle Malaysia', yang menjadi tumpuan Najib dengan menggunakan preubahan-perubahan palsu ini, sudah beranjak, jauh daripada penipuan yang jelas dari BN.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: