Ahad, 14 Ogos 2011

Pulau Warisan; Projek tanpa justifikasi dan kajian teliti


KUALA TERENGGANU - Projek Pulau Warisan yang dimulakan pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh adalah antara contoh dari puluhan projek kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat tanpa justifikasi dan kajian yang teliti.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, antara bukti ia dibuat tanpa kajian adalah kos pembangunannya yang tidak pernah ditetapkan jumlah sebenarnya.

"Idris kata pulau yang dianggarkan seluas enam hektar ini akan dibangunkan dalam tiga fasa dengan perbelanjaan RM20 juta,

"bila tiba zaman Ahmad Said, kosnya tiba-tiba menjadi RM60 juta,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, projek tersebut telah dianugerahkan kepada 'kroni' secara rundingan dan bukan melalui tender terbuka.

"Ia diberikan kepada pihak 'kroni' Umno/BN, secara rundingan terus, tanpa tender, tanpa spesifikasi yangg jelas, akhirnya terdedah kepada penyelewengan dan salah urus wang rakyat,

"Wang rakyat dibelanjakan secara membazir dan boros,"tegasnya.

Pada Sidang Dewa Undangn Negeri 17 Disember, 2008, Dr Alias pernah bertanyakan tentang status pembangunan pulau buatan yang 'masih misteri' tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri ketika itu, Yahya Khatib Mohamad dengan jelas menyatakan bahawa projek tersebut telah ditangguhkan.

"Pada ketika itu, hanya kira-kira jangkamasa setahun dari kenyataan yang dibuat oleh Idris, kos pembangunan projek adalah RM20 juta, tiba-tiba Yahya Khatib kata kosnya adalah RM40 juta,

"dan ia ditangguhkan, namun tak berapa lama kemudian, diteruskan kembali,"kata Dr. Alias.

Beliau menyifatkan projek Pulau Warisan adalah tindakan golongan yang kaya dalam Umno/BN mengikis khazanah negeri, dengan menggunakan nama 'Warisan',

Katanya, ia merupakan 'helah yang terselindung' yang digunakan oleh pemimpin Umno/BN bagi mendapatkan peruntukan untuk dibelanjakan, disamping mendapat 'habuan' tertentu.

"Sebagai contoh, projek Piala Monsoon atau Monsoon Cup, ratusan juta ringgit dibelanjakan, dicurahkan ke dalam muara sungai Terengganu, kononnya untuk membantu nelayan di musim tengkujoh,

"sampai sekarang, pemimpin Umno terus mempertahankan tindakan dengan mengatakan ia memberikan faedah kepada rakyat,"ujarnya.

Sedangkan, kata beliau, berkali-kali telah diajukan soalan dan cabaran supaya pihak kerajaan menunjukkan angka-angka yang jelas dan nyata, berapa ribukah jumlah nelayan yang mendapat faedah dan Monsoon Cup?

"Jelas, tak ada nelayan yang mendapat faedah," katanya dan menambah "rakyat terus hidup dalam kemiskinan dan dibebani dengan kos sara hidup yg tinggi,"

Justeru beliau menggesa di hentikan segala bentuk pembaziran dan tidak ada cara lain untuk menghentikannnya melainkan menumbangkan kerajaan BN dalam pilihnaraya umum (PRU) yang ke-13 akan datang.

Tiada ulasan: