Hafiz Yatim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 September ini sebagai tarikh mendengar bantahan awal permohonan semakan kehakiman berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram.
Hakim Datuk Rohana Yusof dari Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas menetapkan tarikh itu setelah pasukan dari Pejabat Peguam Negara memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri dalam negeri dan kerajaan akan mencabar permohohan semakan kehakiman oleh NGO berkenaan.
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 diwakili oleh peguam Fahri Azzat, sebelum 9 Julai lalu telah memfailkan permohonan 48 mukasurat dan menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Tindakan itu dilihat sebagai usaha menghalang pihak berkuasa daripada terus menghambat ahli-ahli, penyokong dan peserta perhimpunan BERSIH.
Permohonan itu dikemukakan oleh pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan