GOMBAK — Dewan Ulama PAS meluluskan usul mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T” Mac lalu.
“Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.
“Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka,” kata usul yang dibentangkan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57.
Enam usul dibahas dan diluluskan kali ini. Usul itu merujuk kepada penayangan video seks pada 21 Mac lalu kepada media-media terpilih, yang pelakonnya didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sudah pun menafikan dakwaan itu. Video seks itu setakat ini telah tiga kali dimuat naik di dunia siber termasuk yang penuh beberapa hari lalu.
Menurut usul itu, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seseorang.
Malah menurut usul itu lagi, penayangan video seks adalah tindakan tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.
Selain itu katanya, tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamadun sebuah negaraa dan bangsa.
Ketika membahaskan usul ini, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Hanipa Maidin berkata, isu video menunjukkan “betap teruknya” Barisan Nasional (BN) berpolitik untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sehubungan itu kata beliau, daripada terperangkapn dengan isu tersebut, ia seharusnya digunakan untuk menunjukkan kehebatan perundangan Islam.
Justeru kata penasihat undang-undang PAS itu, BN tidak mempermainkan isu video sebagai isu video semata-mata, sebaliknya menyelitkan sekali pandangan tokoh-tokoh agama seolah-olah bagi membuktikan ia sebenar benar belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan