Selasa, 14 Jun 2011

Ugutan rogol: Srikandi lapor polis, SKMM desak siasatan segera

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Srikandi KEADILAN mendesak siasatan segera terhadap pihak yang mengugut untuk merogol Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Siti Aishah yang dihubungi Keadilandaily memaklumkan, ugutan dihantar melalui satu catatan pada laman sosial facebook oleh satu akaun dengan nama ‘Rango Crew’.

Walaupun dipadamkan 3 minit kemudian, salinan catatan yang tersimpan di dalam emel menjadi bukti yang akan disertakan dalam laporan yang akan dibuat di Balai Polis Sungai Rapat, Gopeng pagi ini.

Siti Aishah memaklumkan, laporan sama akan dibuat dalam masa terdekat oleh anggota Srikandi di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Sabah disusuli aduan kepada Suruhanjaya Kominikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Rabu ini.

Catatan itu tertulis : “kepada perogol2 yg tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR….jgn isau k..(AMARAN!!!!!jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang shja buat kerja….sbb apa??????kalau anda kna tangkap anda akan terlepas hukuman…sbb xda 4orang saksi..kalau anda nak RAKAm pun xpa..2xleh jd saksi…don WORY k….rogol ja…..xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi…kalu da video pun…xda guna….((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi…))PULOK DAH>>>PR????PARTI ROSAK”

“Selepas merujuk kepada pimpinan KEADILAN, mereka menasihatkan saya untuk membuat laporan polis. Ini jelas ancaman politik, apatah lagi pengugut juga merupakan ‘subscriber’ kepada laman facebook ‘Kelab Anti PKR’.

“Tujuan pencatat itu jelas, iaitu percubaan menimbulkan ketakutan kepada anggota Srikandi untuk tidak aktif dalam politik, dalam masa sama memberi ‘signal’ kepada lawan politik KEADILAN untuk meneruskan ugutan,” katanya.

Siti Aishah mendakwa ugutan itu diterimanya selepas menyertai program anjuran Pakatan Rakyat di beberapa buah daerah di Kedah.

Pembongkaran kecurangan pentadbiran oleh Umno-BN menyebabkan pihak tertentu tidak berasa senang lantas mengugut untuk ‘mendiamkannya’

“Ini adalah tindakan melampau oleh mereka yang berfahaman politik yang ekstrim dan sempit.

“Perkara ini bukannya gurauan kerana melibatkan keselamatan semua anggota Srikandi,” katanya yang yakin gangguan tersebut tidak melunturkan semangatnya untuk memperjuangkan agenda Pakatan Rakyat bersama KEADILAN.

Tiada ulasan: